Tuesday, 6 September 2011

.tangis syukur.



semalam, lepas je balik keje, ntah macam mana hati aku tergerak nak ajak hubby pegi survey hospital yang ada service scan 3D + 4D.
kebetulan dia datang amek aku balik keje semalam.


aku n hubby pon pusing-pusing la 1 Ipoh cari tempat paling murah untuk scan.
hehe. nak scan tempat memahal, kitorang dah banyak habes duit balik beraya Kedah aritu.
rata-rata hospital yang ada scan 4D, ongkosnya dalam rm100++.
gulp.


last sekali kitorang decide untuk pergi R.S Specialist dekat area Fair Park, Ipoh.
kos untuk scan 2D & 4D kat sini cuma rm70 je.
aku dah senyum lebar.


dalam 30 minit menunggu, baru laa sampai giliran aku.
nebes pon ada.
sebab hati aku sebenarnya serba salah.
aku takut sangat. 
takut ada yang tak kena dengan kandungan tu nanti ke.
nauzubillah.


aku selalu doakan anak yang aku kandungkan ni dipelihara.
sihat tubuh badan.
sempurna.
tapi kuasa Allah siapa yang tahu kan?


risau lagi.
huhu.


ok. lepas je masuk dalam bilik doktor, pembantu doktor suruh aku baring.
hubby tunggu kat luar masa tu.
pembantu doktor cakap, bila dah ready baru dia panggil hubby.
haduyaiiii..tambah nebes.
bukannya aku tak penah scan sebelom ni, tapi ni la 1st time kitorang nak tengok muka baby.
selama ni scan 2D je.


korang penah blind-date x?
ha!!
macam tu la feelnya.
nak jumpa n tengok muka someone yang slama ni connect dengan kita, tapi baru kali ni nak bertentang mata.
ceyy-wahh!


baring.
selak baju.
tersembol perot buncit-buncit. 
(Y__________Y)
londeh panties sikit.
ni bukan lucah yea...
ni la hakikat yang korang kena lalui bila perot korang kena scan. 
so, get ready.
time tu korang dah ilang perasaan malu.


bila aku dah ready, doktor singh pun datang n tuang gel pada perot aku.
time ni pon hubby dah dipanggil masuk.




doc : ok. mula-mula sekali saya mau explain dulu kasi u ol tau n faham.
           saya akan scan 2D/biasa dulu untuk tengok segala perkembangan + detail     bayi.

         waktu inilah kita akan lihat pertumbuhan bayi normal/tak atau jika ada sebarang kecacatan.
         then selepas itulah baru kita akan proceed untuk 4D scan.
         4D scan ni just good to see hows the baby look alike. 
         its good to see the face.

     
aku + hubby : terkebil-kebil. terangguk-angguk.

doc : lagi satu, tak semestinya kita akan dapat lihat muka baby.
         ini bergantung kepada kedudukan bayi.


aku : alamak!



doc : dont worry.
         kita akan cuba manipulasi tu nanti.




doktor singh mula menggolek-golek alat scan yang bentuk macam botol deodorant rexona kat perot aku.
paparan pada skrin pun timbul.


ini kepala baby.
nampak?


aku angguk.


apa yang awak tengok ini adalah otak dia.
ini hemisphere kanan, ini kiri.
setakat sekarang, ini adalah pertumbuhan otak yang normal.
dari segi ukuran pun normal. ikut ukuran kepala, baby u dalam 26minggu 5 hari.


alhamdulillah.
aku tersenyum.
sihat anak mommi ni.


u nampak garisan ni?
ini tulang hidung.
so baby u normal.
if kita xnampak tulang hidung, baby tu mungkin mengalami down-syndrome.


aku terus genggam kain.
istighfar dalam hati.
syukur ya Allah kau sempurnakan zuriat kami.


ini pulak tulang femur.
ini tangan kanan, tangan kiri.
kaki kanan. kaki kiri.
bla.bla.bla.



tiba saat yang ditunggu.
doktor ambil alat scan yang lain pula.

ini khas untuk melihat bayi dalam 4 dimensi.
jeng jeng jeng.

....
....
....
....

cara tidur sebijik macam babah dia.
hehe.
siap tidur sambil gigit tangan sendiri.



ya Allah, hebatnya kuasa Allah kan?
rasa nak nangis pun ada time ni.
doktor kasi tengok muka dia dari posisi depan dan tepi.
gambar ni dari posisi tepi.
^_________^


doktor....boleh tengok jantina dia tak?
erk. aku tak tahan. 
kononnya nak suprise.
hahaha


ok, kasi saya cek berat dia dulu yea.
9++gram..hampir 1kg dah.
;)


ok, ini kelamin dia.
________________.
80% ___________________.



makin lebar senyum aku!
haduyai sayang.
^___________*


hubby : err doktor, 100% ke?

doc : kadang-kadang boley terjadi mistake.
         mari saya cek sekali lagi.
         erm...see, bentuknya seperti _____________.

         ini atas, ini bawah.

         ok, 100%.
         tapi saya mau kasitau, uri u sedikit ke bawah.
         sepatotnya uri kena berada di atas.
         tapi jangan risau, u kena banyak berehat dan uri u boleh naik ke atas.




oh.mungkin aku penat sebab balik beraya Kedah kot.
huhu 


yeay...selesai.
dengan rm70, kitorang dapat description kandungan aku, 2keping pic hitam putih 2D dan sekeping pic berwarna 4D.





kepada anak mommi & babah,
kami sentiasa doakan yang terbaik untuk baby. 
tak sabar nak jumpa baby!!!jangan nakal-nakal kat sana tu.
apa perangai elok mommi n babah je ikot tau.
yang loqlaq-loqlaq toksah dok ikot.
hehe.


Sayangggggggg anak mommi !!!
Mmmuaacckksss.






Monday, 5 September 2011

saya suka dia kebelakangan ni.
cara dia manjakan saya.
cara dia pandang saya.
cara dia sentuh saya.

setiap kali baby dalam tummy ni tendang-tendang manja,
semakin saya rasa sayangkan dia.
sayangkan kandungan ni.
saya jadi semakin tak sabar.

gedik kan saya?

saya sangat yakin.
pilihan yang saya buat tepat.
walaupun dia tiada apa.
tapi saya yakin, orang yang 'ada' apa dulu tu tak mungkin sehebat apa yang saya ada sekarang ni.

wah.
saya ni ada-ada aja.
hik.hik.

kepada Allah,
terima kasih.

Tuesday, 30 August 2011

.airmatasyawal.

ada kata yang tak mampu terucap.
ada  perasaan yang tak bisa disingkap.


semakin hari semakin aku belajar maksud sembunyi.
oh, mungkin lebih tepat, makan hati.


aku ini tidak sempurna.
tapi aku sentiasa cuba menjadi yang terindah.
untuk kamu. untuk kita. untuk semua.


esok tanggal 1 syawal.
aku dambakan senyuman di hari mulia itu.
aku impikan bahagia di hari indah itu.


dingin malam ini sedingin hatiku.
yang berbisik bait-bait kesedihan yang tidak bisa diungkap.
aku harap sangat ada yang memahami.
lebih hebat sekali jika kau sudi berkongsi.

Monday, 22 August 2011

lepas baca blog dua tiga empat kawan saya, 
tiba-tiba baru saya teringat saya pon ada blog juga.
tapi saya dah lama tak menulis.
tak pandai nak tulis tulisan yang comey-comey macam depa.
saya suka baca blog depa.

walaupun apa depa tulis tu ada saya kesah?


huhu.


baru saya sedar.
rupanya saya rindu depa. 



Thursday, 26 May 2011

Macam-macam Ada~~

Gile ke hape tiba-tiba nak tulis pasal Astro kan???

Haha. Ok kawan-kawan. Sekarang kan dah hujung bulan.

Gaji dah masuk, jadi dah tiba masanya untuk membayar bil Astro anda!

Motif?

Erk... Just nak gitau yang korang still boleh semak bil bulanan korang dengan cepat & mudah!

Nahh cara mudah menyemak bil Astro korang.

1. Taip ASTRO<jarak>BAL<jarak>IC<jarak>NO IC ANDA
contoh : ASTRO BAL IC 751210087483


2. Taip ASTRO<jarak>BAL<jarak>AC<jarak>NO AC ASTRO ANDA
contoh : ASTRO BAL AC 9876543210

....dan hantarkan ke 33310.

Mudah kan?

Jangan lupa bayar cepat bagi mengelakkan korang buta-buta je bayar RM20 caj penyambungan Astro korang semula. Mahal tu beb!!


Wednesday, 25 May 2011

Rindu.

Saya rindu.

Blog, kamu rindu saya tak?

Kesian kamu.


Kamu mesti rasa terabai kan?

Tapi saya malas.


Balik kerja je asek muntah-muntah dan loya.

Y__________Y


Saya janji saya takkan abaikan kamu lagi selepas ini.


Kamu jangan merajuk dengan saya yea?