Tuesday 27 September 2011

.dugaan 7 bulan.


dugaan.
dugaan.
dugaan.



sepanjang tempoh berbadan dua ni, tak pernah lagi la aku muntah teruk macam semalam.
dari 8pg sampai 11mlm.
muntah tak berenti, macam paip air!
makan apa pon tak boleh.
kalau ikotkan doc suruh masuk hospital, tapi serik la.
kalau gi hospital mesti kena cucuk and masuk berbotol-botol air macam awal mengandung dulu.
huhu.
momi taknak!

doc pon taktawu apa sebab aku muntah sampai camtu sekali.
so dia kasi ubat gastrik + muntah.
if ubat pon xjalan, memang kena cucuk la jawabnya.

aku sebenarnya tak kesah kalau muntah tak berenti sekalipon.
yang aku risaukan cuma camnelaa keadaan baby kat dalam ni.
alhamdulillah. doc cakap baby ok.
syukur sangat.
harap-harap takde efek apa-apa kat baby mommi ni.
sorry yea sayang..maybe mommi salah makan semalam.
T______________T

balik rumah, lepas telan ubat, memang aku terus pengsan, tido tak sedar diri laa sampaila hubby balik keje.
tapi tula..bila bangun je, mesti muntah balik.
kesian hubby.
dia yang basuh muntah aku. mandikan aku.


sorry dear...banyak susahkan didi kan?
sampai didi demam malam tu coz redah ujan lebat nak balik tengok syg.
the best feeling, masa syg muntah, didi ada untuk comfortkan syg..
urut belakang sayang..sakit pon tak terasa sangat ;)
malam tu plak, kononnya didi nak masakkan bubur nasik untuk sayang, last-last kita sama-sama masak sbb dua-dua tak sihat.
hihi..







Sunday 25 September 2011

 9 Disember 2011
ada kira-kira tak sampai 3bulan lagi.
hoho.
nebes la plak.
bila semak ceklist untuk persiapan, rasanya hampir 70% dah lengkap.

baju baby.
bedding set.
barut.
bekung mommi.
stroller.
car seat.
grooming set.
set nona roguy.
bla.
bla.
bla.

ok dah cukup!!
sekarang cuma tinggal ;

kelengkapan breastfeeding (cadangnya mommy nak nak fully BF baby..huhu..)
pampers si comel.
minyak2 untuk baby.

hihi..rasanya bulan ni dah boley lengkap semua tu kot..
then gaji bulan depan bley la mommi n babah saving skit2 utk belanja lepas baby keluar plak ;)


mood : dah pikir nak saving untuk aqiqah lak Y______Y

Monday 12 September 2011

.cry.



i wanna cry on ur shoulder.
i wanna cry on ur shoulder.
i wanna cry on ur shoulder.


>______________<

.dugaan.



janganlah kau menguji aku dengan sesuatu yang aku tidak mampu.



amin.
amin.
amin.
ya rabal alamin.



Friday 9 September 2011

.ini bukan cinta mukabuku.


tak sabar nak tulis entry untuk 1 Oktober nanti.

cepatlah masa.

mahu menikmati saat itu.

harap semuanya indah belaka.

seperti kenangan saat bermulanya cerita kami.

love. love. love.

Thursday 8 September 2011

.cucuk kancing gigi.



oh.
semalam kena cucuk kali kedua dalm sepanjang tempoh kehamilan.
masa cucuk tak sakit.
tapi bangun pagi ni terasa sengalnya.
huk.
takpela.
demi baby...


i love u sayang <3

Tuesday 6 September 2011

.tangis syukur.



semalam, lepas je balik keje, ntah macam mana hati aku tergerak nak ajak hubby pegi survey hospital yang ada service scan 3D + 4D.
kebetulan dia datang amek aku balik keje semalam.


aku n hubby pon pusing-pusing la 1 Ipoh cari tempat paling murah untuk scan.
hehe. nak scan tempat memahal, kitorang dah banyak habes duit balik beraya Kedah aritu.
rata-rata hospital yang ada scan 4D, ongkosnya dalam rm100++.
gulp.


last sekali kitorang decide untuk pergi R.S Specialist dekat area Fair Park, Ipoh.
kos untuk scan 2D & 4D kat sini cuma rm70 je.
aku dah senyum lebar.


dalam 30 minit menunggu, baru laa sampai giliran aku.
nebes pon ada.
sebab hati aku sebenarnya serba salah.
aku takut sangat. 
takut ada yang tak kena dengan kandungan tu nanti ke.
nauzubillah.


aku selalu doakan anak yang aku kandungkan ni dipelihara.
sihat tubuh badan.
sempurna.
tapi kuasa Allah siapa yang tahu kan?


risau lagi.
huhu.


ok. lepas je masuk dalam bilik doktor, pembantu doktor suruh aku baring.
hubby tunggu kat luar masa tu.
pembantu doktor cakap, bila dah ready baru dia panggil hubby.
haduyaiiii..tambah nebes.
bukannya aku tak penah scan sebelom ni, tapi ni la 1st time kitorang nak tengok muka baby.
selama ni scan 2D je.


korang penah blind-date x?
ha!!
macam tu la feelnya.
nak jumpa n tengok muka someone yang slama ni connect dengan kita, tapi baru kali ni nak bertentang mata.
ceyy-wahh!


baring.
selak baju.
tersembol perot buncit-buncit. 
(Y__________Y)
londeh panties sikit.
ni bukan lucah yea...
ni la hakikat yang korang kena lalui bila perot korang kena scan. 
so, get ready.
time tu korang dah ilang perasaan malu.


bila aku dah ready, doktor singh pun datang n tuang gel pada perot aku.
time ni pon hubby dah dipanggil masuk.




doc : ok. mula-mula sekali saya mau explain dulu kasi u ol tau n faham.
           saya akan scan 2D/biasa dulu untuk tengok segala perkembangan + detail     bayi.

         waktu inilah kita akan lihat pertumbuhan bayi normal/tak atau jika ada sebarang kecacatan.
         then selepas itulah baru kita akan proceed untuk 4D scan.
         4D scan ni just good to see hows the baby look alike. 
         its good to see the face.

     
aku + hubby : terkebil-kebil. terangguk-angguk.

doc : lagi satu, tak semestinya kita akan dapat lihat muka baby.
         ini bergantung kepada kedudukan bayi.


aku : alamak!



doc : dont worry.
         kita akan cuba manipulasi tu nanti.




doktor singh mula menggolek-golek alat scan yang bentuk macam botol deodorant rexona kat perot aku.
paparan pada skrin pun timbul.


ini kepala baby.
nampak?


aku angguk.


apa yang awak tengok ini adalah otak dia.
ini hemisphere kanan, ini kiri.
setakat sekarang, ini adalah pertumbuhan otak yang normal.
dari segi ukuran pun normal. ikut ukuran kepala, baby u dalam 26minggu 5 hari.


alhamdulillah.
aku tersenyum.
sihat anak mommi ni.


u nampak garisan ni?
ini tulang hidung.
so baby u normal.
if kita xnampak tulang hidung, baby tu mungkin mengalami down-syndrome.


aku terus genggam kain.
istighfar dalam hati.
syukur ya Allah kau sempurnakan zuriat kami.


ini pulak tulang femur.
ini tangan kanan, tangan kiri.
kaki kanan. kaki kiri.
bla.bla.bla.



tiba saat yang ditunggu.
doktor ambil alat scan yang lain pula.

ini khas untuk melihat bayi dalam 4 dimensi.
jeng jeng jeng.

....
....
....
....

cara tidur sebijik macam babah dia.
hehe.
siap tidur sambil gigit tangan sendiri.



ya Allah, hebatnya kuasa Allah kan?
rasa nak nangis pun ada time ni.
doktor kasi tengok muka dia dari posisi depan dan tepi.
gambar ni dari posisi tepi.
^_________^


doktor....boleh tengok jantina dia tak?
erk. aku tak tahan. 
kononnya nak suprise.
hahaha


ok, kasi saya cek berat dia dulu yea.
9++gram..hampir 1kg dah.
;)


ok, ini kelamin dia.
________________.
80% ___________________.



makin lebar senyum aku!
haduyai sayang.
^___________*


hubby : err doktor, 100% ke?

doc : kadang-kadang boley terjadi mistake.
         mari saya cek sekali lagi.
         erm...see, bentuknya seperti _____________.

         ini atas, ini bawah.

         ok, 100%.
         tapi saya mau kasitau, uri u sedikit ke bawah.
         sepatotnya uri kena berada di atas.
         tapi jangan risau, u kena banyak berehat dan uri u boleh naik ke atas.




oh.mungkin aku penat sebab balik beraya Kedah kot.
huhu 


yeay...selesai.
dengan rm70, kitorang dapat description kandungan aku, 2keping pic hitam putih 2D dan sekeping pic berwarna 4D.





kepada anak mommi & babah,
kami sentiasa doakan yang terbaik untuk baby. 
tak sabar nak jumpa baby!!!jangan nakal-nakal kat sana tu.
apa perangai elok mommi n babah je ikot tau.
yang loqlaq-loqlaq toksah dok ikot.
hehe.


Sayangggggggg anak mommi !!!
Mmmuaacckksss.






Monday 5 September 2011

saya suka dia kebelakangan ni.
cara dia manjakan saya.
cara dia pandang saya.
cara dia sentuh saya.

setiap kali baby dalam tummy ni tendang-tendang manja,
semakin saya rasa sayangkan dia.
sayangkan kandungan ni.
saya jadi semakin tak sabar.

gedik kan saya?

saya sangat yakin.
pilihan yang saya buat tepat.
walaupun dia tiada apa.
tapi saya yakin, orang yang 'ada' apa dulu tu tak mungkin sehebat apa yang saya ada sekarang ni.

wah.
saya ni ada-ada aja.
hik.hik.

kepada Allah,
terima kasih.