Friday 28 October 2011

.kisah pundi kencing.


hari ni aku MC lagi.
mesti orang kat opis akan cakap "MC lagi...asek MC je Finas tu.."
Y_______Y
apa nak buat. dah doktor kasi aku MC. huhu

pagi semalam aku dah mula rasa lain kat bahagian bawah perut. sebelah kiri.
then bila jalan je, rasa sakit.
so tabuley la nak jalan-jalan ala lumba jalan 100meter kan...
macam jalan orang dalam pantang pon ada.
sebenarnya sakit tu terasa sejak tido malam tu.
bila nak gerak, Tuhan je yang tahu sakitnya macam mana.

mulanya aku fikir ni mungkin efek lepas mak bidan urut perut aku 2hari sebelum tu
lepas kena urut, malam u memang mengerang je laaa.
kami laki bini pun tak sangka yang mak bidan nak picit-picit perut aku yang dah membuntal ni.
asalnya kitorang jumpa dia sebab nak ambil air & minyak selusuh je.
tapi disebabkan kedudukan anak aku breech, jadi mak bidan mintak aku baring sekejap.
huhu

bila gitau hubby yang perut aku sakit, dia memang dah risau gila.
dia ajak aku gi cek and tengok baby ok ke tak.
sebab sebelum ni doktor memang dah larang kitorang mengurut untuk betulkan kandungan baby.
takut baby terbelit tali pusat atau uri tertanggal.
tambah plak, sebelum ini aku ada masalah uri di bawah.
bila bagitau mak mertua, dia lagilaa risau!
mak mertua aku ni memang jenis yang caring sikit.
sampaikan kalau dapat panggilan dari hubby pon dia dah menggelabah.
takut hubby kol tu sebab nak gitau apa-apa dah jadi pada aku.
mak....mak....^____^
kalau dia tau hubby tinggalkan aku sorang-sorang kat umah, dia akan cepat-cepat tanya aku, nak datang umah temankan aku.

eh..dah melalut pulak.
berbalik ke cerita asal. hehe

petang semalam, bila balik keje, hubby dah setia menanti kat rumah.
aku pun berlagak macam takde apa-apa yg jadi.
kononnya nak tunjuk macho laa tak sakit.
huhu. tapi cara jalan aku tak dapat nak sembunyikan yang aku memang tengah menahan sakit.
rasanya macam ada apendixxxx yang nak pecah kat perot korang. (aku pun xtau rasa sakit apendix camne sebenarnya..hehe)

lepas kau memaksa, aku terpaksa, aku pon setuju je la dengan paksaan incek hubby untuk ke klinik.
huhu.
masa tu memang keadaan aku makin teruk.
jalan pun dah tertunduk-tunduk sebab sakit yang amat.

doc benggali yang check aku pon macam biasa jalankan tugas dia.
dia tekan-tekan perut aku ni sampai keliling pinggang sebab nak pastikan pont-point mana yang buat aku sakit sangat.
mulanya dia suspek aku alami simptom awal nak beranak.
tapi disebabkan aku takde sakit pingang, takde lendir atau bleeding, jadi reason tu takley pakai.
tapi bila dia tekan bahagian kiri bawah perot aku ni, aku menjerit.

"bahagian ni adalah bahagian pundi kencing. jadi saya kan periksa bhgian ini. mungkin sumting yang sebabkan pundi kencing u sakit"
selepas berbaring, doc tu scan keadaan baby.
baby still breech. kepala ke atas, dan punggungnya.....hurmm.....
"punggung baby ada di sini...jadi mungkin ada sedikit pressure pada pundi kencing u sebab dia menekan dan mengeras di situ."
ohh..baby ni nakal laa..napela pegi landing kat pundi tencing mummy lak...huhu

"berat baby  berapa ye doc?" babah ni suka benar nak tawu berat baby..mummy tawu la babah nak anak gebu-gebu cam mummy kan? hehhehe

"sudaaa 2kg..keadaan lain semua ok ;) "

tapi malam tadi kami tak dapat juga nak tengok jantina baby sebab dia duduk menonggek macam tu. haiii laa baby..

lepas scan, aku kena buat pemeriksaan air kencing pulak.
resultnya...air kencing yang tersangat kotor!
terlalu banyak kuman dan wujud protein dalam urine aku.
itu lagi satu punca kenapa pundi kencing aku sakit sangat hari tu.
solutionnya, aku kena minum lebey banyak air masak dan diberi antibiotik.

memang banyak dugaan mengandung ni.
aku terbayang macam mana la mak aku mengandungkan aku dulu.
mesti lagi banyak ragam aku.
huhu.. tak sabar nak balik kampung jumpa mak. huhu
dengan keadaan anak yang songsang ni, aku n suami still berdoa semoga baby akan segera pusing kepada kedudukan sepatutnya dan lock dalam masa terdekat ni.
air  mata takyah nak cakap laa.
maklumlaa anak first, takut sangat bila doc cakap if baby tak pusing  jugak, c-zer adalah jln terakhir.
(~____~)
tadi mesej incek hubby, dia cakap " InsyaAllah, kita jangan berhenti doa. Hari tu masalah uri pun sama kan? Last-last uri naik sendiri dengan izin-Nya. Luv both of u.."

....mummy n baby luv u too...

Monday 24 October 2011

.tak sengaja nak beranak!.

seawal Subuh hari ni, perot aku terasa memulas yang amat.
ujian menembak takyah cakap ah! peluru bertubi2!
dalam kepala dah terfikir, ni kena rushing gi jamban ni. kang tak sempat!
wo-ha!

bila dah sampai tempat dituju, tiba-tiba rasa tu hilang.
keadaan yang sama berulang walaupun aku di pejabat.
memang stress sangat.
bila aku gitau benda ni pada kak aku, dia cakap tu antara tanda-tanda awal dah nak sampai masa bersalin.
waaa..nak pitam!

so aku pun ape lagi, gugel ahh apa lagi tanda-tanda nak beranak.
antara yang aku ingat :-
-kerap buang air kecil
-kerap sakit perut memulas
-kerap kentut

ha! kan aku ada 3 3 tanda tu...

tak puas hati lagi, aku try cari lagi, n aku jumpa artikel dari Pa&Ma ni..



FALSE ALARM vs KELAHIRAN SEBENAR

Ketika berada dalam proses bersalin, tubuh menghasilkan hormon pitokin. Hormon ini bertindak sama seperti hormon yang terhasil apabila tubuh kehilangan air. Jika anda mengalami dehidrasi ketika di hujung minggu kehamilan, ini akan menyebabkan rahim mengecut walaupun ketika itu belum tiba masanya untuk bersalin. Jadi, anda perlu minum dalam jumlah yang mencukupi bagi mengelakkan false alarm berlaku.

Langkah bijak yang boleh anda amalkan ialah mencatat setiap kontraksi yang dialami di atas sekeping kertas. Catatkan kontraksi pertama dan berikutnya. Bagi kontraksi sebenar, jarak masa antara satu kontraksi dengan kontraksi berikutnya adalah tetap dan semakin lama semakin kerap. Namun, jika anda mengalami false alarm, jaraknya tidak tetap.

Anda juga perlu mencatatkan berapa lama jarak masa bagi setiap kontraksi. Catatkan bila ia bermula dan berhenti. Proses kelahiran sebenar menyaksikan anda mengalami kontraksi lebih daripada 30 saat bagi satu-satu masa kemudian makin kerap. Lebih daripada seminit dan kuat. Jika false alarm, jarak kontraksinya berbeza di antara satu sama lain.

Dalam proses kelahiran yang sebenar, kesakitan yang dialami bermula di bahagian atas abdomen kemudian “merebak” ke seluruh abdomen dan anda turut mengalami sakit belakang. Berlainan pula dengan false alarm, kontraksinya banyak tertumpu di bahagian bawah abdomen dan pangkal paha.

Tanda-tanda false alarm:
1. Kontraksi yang dialami tidak teratur dan tidak dijangka.
2. Apabila kontraksi berlangsung, bahagian perut mengeras.
3. Perubahan posisi tubuh akan menyebabkan kontraksi berkurangan ataupun terhenti.
4. Kebiasaannya tiada pendarahan yang berlaku.
5. Kantung air ketuban tidak pecah.

Tanda awal kelahiran
1.Penurunan paras rahim (lightening)
Petanda awal yang akan anda alami ialah perut kelihatan “turun” sedikit. Hal ini berlaku kerana:

-Symphisis pubis mengembang.
-Otot pelvik menjadi lembut dan longgar.
-Bahagian bawah rahim mengembang.

Keadaan sebegini akan menyebabkan fetus bergerak turun ke pelvik. Bagi yang bakal melahirkan anak sulung, kepala bayi akan terus masuk ke rongga pelvik. Namun, bagi yang pernah mempunyai anak sebelum ini, rahimnya lebih mengembang ke hadapan tetapi kepala bayi tidak masuk ke rongga pelvik.

Pada peringkat ini, anda akan berasa selesa setiap kali bernafas. Organ jantung dan perut juga berfungsi dengan lebih baik. Namun, anda akan mengalami kesukaran untuk berjalan dan sakit belakang. Selain itu, anda juga berasa tidak selesa di bahagian bawah perut, kelengkang dan paha.

2. Kekerapan membuang air kecil
Keadaan ini berlaku hasil daripada tekanan kepala bayi ke atas pundi kencing. Ini akan menyebabkan pundi kencing tidak mampu menampung jumlah air yang banyak. Oleh kerana itulah, anda perlu membuang air kecil sekerap mungkin. Dalam keadaan tertentu, kadang kala anda akan “terkencing” dengan sendirinya. Ini berlaku kerana otot pelvik menjadi semakin lembut dan longgar.

3. Penarikan pangkal rahim
Pada peringkat ini, pangkal rahim mula tertarik. Ini akan menjadikannya selari dengan bahagian bawah otot rahim.


Tanda sebenar kelahiran
1. Kontraksi
Proses ini berlaku untuk menolak keluar bayi daripada rahim melalui faraj pada saat kelahiran. Dalam masa yang sama, rahim akan menjadi keras. Ketika ini anda akan berasa tidak selesa.

Perlu diingat, keadaan ini berlaku secara semula jadi dan tidak boleh dikawal. Sakit yang anda alami bermula dari bahagian belakang tubuh dan kemudiannya beralih ke hadapan dan bahagian atas paha. Kesakitan ini semakin kuat dirasai apabila saat kelahiran semakin tiba.

Proses ini adalah tanda yang paling penting bagi menunjukkan bahawa anda akan melahirkan pada bila-bila masa sahaja. Jika kesakitan yang dialami berterusan sehingga ke lima minit setiap kali kontraksi, segeralah ke hospital berdekatan

2. Sakit belakang
Keadaan ini adalah salah satu daripada tanda bahawa anda akan bersalin. Ketika dalam proses kelahiran, kesakitan ini akan menjadi lebih teruk. Kesakitan yang dialami ketika ini sama seperti senggugut.

3. Pendarahan
Kebiasaannya lendir yang bercampur darah keluar dari faraj beberapa jam sebelum proses kelahiran bermula. Paling tidak pun apabila saat kelahiran hampir tiba. Lendir darah tersebut keluar kesan daripada pembesaran pangkal rahim sehingga menyebabkan selaput ketuban terpisah daripada lapisannya.

4. Pecah ketuban
Mungkin dalam fikiran, setelah pecah air ketuban, anda akan bersalin dalam tempoh yang terdekat. Namun, hakikatnya tidaklah sebegitu. Ada kes di mana kebanyakan wanita hamil yang ditahan di wad, tidak mengalami pengalaman ini. Ketuban mereka terpaksa dipecahkan oleh doktor bagi mempercepatkan proses kelahiran.

Namun begitu, bagi yang berpeluang merasakan air keluar dari faraj, sama ada banyak ataupun sedikit, ini menandakan anda akan melalui proses awal kelahiran ataupun sudah berada dalam proses itu. Selepas daripada itu, anda perasan bahawa kontraksi akan menjadi lebih kuat.

5. Pembukaan pintu rahim
Dalam proses kelahiran, serviks akan menjadi lembut dan nipis daripada biasa. Ia juga sedikit demi sedikit terbuka bagi menampung saiz kepala bayi. Pintu rahim akan terbuka bagi memberi laluan kepada bayi agar dia dapat dilahirkan. Proses ini akan lebih cepat berlaku jika kepala bayi menekan tepat ke bahagian pintu rahim. Dalam pada itu, saiz serviks dapat diketahui apabila doktor melakukan pemeriksaan pelvik.


**************

kesimpulannya, selepas beberapa jam berjuang, akhirnya aku dah dapat jawapan yang aku cari!!
apa yang aku alami sebenarnya bukanlah false alarm mahupun betol-betol sakit nak beranak.
macam mana aku tau?
sebab aku berjaya uh-uh selepas entah berapa kali ulang alik gi jamban. hahahha!

Friday 21 October 2011

.jadi?.


semalam. hari ini.
emosi aku still tak stabil.
jadi.
hari ni aku ambil cuti.

sekian.

Thursday 20 October 2011

Wednesday 19 October 2011

.saya sangat bahagia.


saya sangat bahagia.
ye sumpah.
saya tak tipu bila cakap yang saya bahagia!

saya bahagia bila hari ni check up doc gitau baby saya sihat.
hureeyyy. syukur alhamdulillah!
sebelum ni saya sangat risau bila doc gitau kedudukan uri saya di bawah.
oh. tiap-tiap hari saya berdoa, semoga kedudukan uri berada di tempat sepatutnya. di atas.

hari ni monthly check up di hospital ipoh.
lepas menunggu kira-kira 2jam, sampai la giliran saya. yeayyyyyyy!

nah, selak baju sikit. hikhik.
done.

berat baby : 1.6kg
usia kandungan : tambah tolak kira-kira 33minggu
air ketuban : ok
pergerakan : ok
plasenta : upper

tapi...kepala je still di atas lagi..
doc cakap jangan risau sangat coz baby akan still berpusing-pusing-pusing-pusing sampaila dia berhenti berpusing! haha. waktu baru kita tau kedudukan sebenar kepala dia sama ada dapat turun ke bawah atau songsang.

please baby...jangan buat momi risau ok. nanti sampai masa, silalah tonggeng ke bawah!
kalau tak, keluar nanti momi babap ponggong tu!

Monday 17 October 2011

.makan janin sendiri.


Pernah tak korang terfikir nak hidangkan janin sebagai menu makan malam korang? Ala-ala makanan eksotik giitewww!

Woo-haaa! Buat masak lemak ke, sup ke, masak asam pedas ke..nyum-nyum...


Cer bayangkan baby tecik, demok, tomeyyy camni korang telan sebijik-sebijik!





Hehehe.. Dah hilang akal ke kan nak makan budak tecik yang tomel tiut miut ni ~~

Nampak macam real tapi sebenarnya babies ni diperbuat daripada cekelat. Whooaaa.. Memang tabekk springgg ahh kat orang yang berseni buat cekelat ni.. Mesti sayang nak makan cekelat baby ni kan? Bukan setakat sayang, geli kowt nak telan!! Muahhaha.

Sunday 16 October 2011

.ready for newborn.


hari ini aku tenang dan lega sangat sebab dah berjaya mengemas umah jadi lebih selesa & berjaya menyediakan semua kelengkapan untuk ke hospital nanti.
toiiinggg!!!
tabik untuk diri sendiri!

tempat untuk berpantang dah ready.
beg baju untuk diri sendiri n baby pon dah letak kat 1 tempat. siap pakej baju salin n kain smbahyang untuk babahnya lagi!
haha.
tapi babah macam kecik ati coz dia rasa aku cam xcaya je kat dia..heheh..

bukan apa, aku kalau boleh nak semuanya dah sedia supaya takdelah menggelabah nanti.
lagipun taknaklah menyusahkan si dia ;)

sekarang ni pun kandungan aku dah 8bulan.
kalau tolak pi mai pimai hari berkerja, hari tak sihat, balik kg dsb,memang tinggal berapa hari lagi je nak sambut orang baru yang dalam perot ni.
kalau ikot due yg doc kasi, dalam 9 Disember 2011...

tapi aku ada gak dengar orang cakap kalau anak sulung ni, selalunya baby memang tak sabar nak keluar awal.
wo-haa!!
memang get ready ajela!


.bila kau pergi jauh ingatlah aku.




Eren feat. Romi Pelengkap Hidupku

aku bagai laut tak bertepi dan tak berkarang
aku bagai bintang yang tak ditemani malam
melihat dirimu ada senyum canda dan tawa
yang membuat aku tak ingin pergi darimu

* teringat janji lamamu kepadaku
teringat aku teringat
teringat saat kau masih ada di sini
temani ku sepanjang hari

bila kau pergi jauh ingatlah aku
bila ku di sampingmu peluk tubuhku
bila kau rindu aku panggil namaku
ku datang menemuimu
peluk erat jasadku jangan lepaskan
tetaplah kau di sini arungi malam
karna hanya dirimu belahan jiwa
pelengkap ku di dunia


"tacing gak bila dapat diz song kat fb mlm ni... thanx pompuan coz send aku lagu ni. aku tawu ko rindu kat aku... sebab aku pon rindu ko jugak.. sumpah!"


Friday 14 October 2011

.sebuah entri meroyan.



Berada dalam dunia pekerjaan sebenar sememangnya begitu menguji ketahanan. Kita kena bersabar dengan pelbagai tekanan, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Jika tekanan yang datang dari tugas itu sendiri, mungkin ia merupakan sesuatu yang mampu memantapkan kerjaya bila kita berjaya mengharunginya. Tapi bagaimana pula dengan dugaan dan masalah yang sememangnya tiada kaitan dengan kita?


Bekerja dalam dunia yang dikelilingi dengan manusia yang rendah mentaliti dan mempunyai tahap profesionalisma yang boleh aku katakan ZERO, sesuatu yang indah. Ok, aku tipu. Rasanya seperti mahu mencarut saja saat ini! Pentadbiran yang lemah, suasana kerja tidak kondusif, pekerja yang tidak berdisiplin dan berpuak-puak amat memalukan walaupun berada dalam organisasi yang bertaraf Sekolah Berprestasi Tinggi. Ops, aku lupa. Yang diiktiraf hanyalah pencapaian pelajarnya, bukan dari segi mutu kerja pentadbirannya!


Bukan niat aku nak merendah-rendahkan pencapaian dan tahap keintelektualan pekerja di sini, tapi itulah realitinya. Arahan dari pihak pentadbiran tertinggi seolah-olah tiada kesan dan langsung tidak diendah. Pekerja sewenang-wenangnya boleh melanggar peraturan, boleh mengingkar arahan kerja, curi tulang, menolak tugasan, dsb. Itu belum termasuk isu keperibadian lagi. Main bomoh, mengumpat, bergaduh, dan fitnah sudah menjadi darah daging di sini.


Serius aku katakan yang aku dah bosan! Kalau tak disebabkan kesukaran mendapat peluang pekerjaan dalam kerajaan, dan yang paling penting berada dekat dengan suami, dah lama aku meletak jawatan.


Terlalu banyak perkara yang aku tidak puas hati dan tersepit, tapi terlalu sukar untuk aku luahkan dalam bentuk tulisan. Aku tak tahu cara dan ayat yang sesuai untuk dicoretkan. 


Cukuplah sekadar satu entri yang agak skema dan macam haram jadah ni. 
Sekian. 
Royanan tanpa hala tuju.

.mr. Webbit for baby.


Ok, lagi cerita tentang kurier. Heh. Suka hati la nak letak cerita berapa kali pon kan? Blog aku. Muahhaha.

Dua hari lepas aku ada terima notis dari SKYNET sebab aku takde kat rumah masa dorang hantar barang. Hairan gak sebab rasanya aku dah stop sopin-sopin online minggu ni. Tengah-tengah bulan ni duit pon dah kering weyh. Bila laaa gaji nak masuk ni.. Huhuhu.

So, dengan excitednya aku kol branch SKYNET Ipoh untuk rearrange jadual penghantaran baru. Kali ni aku nak mintak dorang hantar terus ke opis sebab sah-sahlaa aku takde kat rumah kalau dorang hantar time hari berkerja! Apa pon tak boleh!!

Hari ni, bersamaan dengan 14 Oktober 2011, jeng jeng jeng.....





Hehe.. Dari Kelab Mama Dumex rupanya. Ok baby, diz is your 1st toy. Pink Webbit "Rabbit". Thanx Mama Dumex (walaupun mommi cadang nak kasi baby susu cap gantung je nanti..hehhee).



.suprise. wo---ha!!


Hubby : Yang, mak kol tadi. Cakap ada pos laju kena amek kat pejabat pos.

Wifey : Eh. Didi ada order online apa-apa ke?

Hubby : Takda. Erm takpela. Dah suruh adik amekkan. Ooo, baby ada wat seperais yer kat didi.

Wifey : Erk. Jangan nak perasan. Tak kuasa nak seperais2. Baik baby bagi adiah kat rumah terus dari guna pos laju, alamat umah mak plak tu. ;p


*****************************************


Tarikh : 20/09/2011
Masa : 12:__
Balai Polis : Kuala Kangsar
Had Laju : 80km/j
Kelajuan : 124km/j
Lebih kelajuan : 24km/j
Kenderaan : Motokar AHC1616


*****************************************

Kesimpulannya, Polis Trafik memang pandai buat seperais untuk hubby.
Woo-haaa!!!


Thursday 13 October 2011

.warkah untuk zuriat.



dah semakin hampir.
dah tak lama.
^_____^

hari ni sudah masuk 32minggu.
maknanya si kecil dalam tummy momi dah masuk 8bulan.
semoga anak momi baik-baik aja di sana yaa.

mommi n babah sentiasa doakan yang terbaek untuk kita sekeluarga.
btw, kelmarin babah ada belikan hadiah untuk baby.
yang kelakarnya, babah takut momi marah sebab belikan mahal-mahal untuk baby.

^______*
mana ada momi marah.
hehe.
momi cuma geram sebab babah tak beli untuk momi sekali!
>______<

ok baby,
cepat-cepatlah keluar yea sayang.
jadi peneman momi n babah.
penyeri rumah kita ;)





Saturday 1 October 2011

.365 hari.


Jika denganmu salah
Ku tak mahu yang benar
Jika denganmu rebah 
biarlah ku tercalar
Walau dilanda badai
Ku sanggup kerna ku mampu
Kita berdua bersatu

Jika denganmu kabur
Ku tak mahu yang jelas
Jika denganmu hanyut
Biarlah aku lemas
Walau dilanda ribut
Ku sanggup kerna ku mampu
Kita berdua bersatu...


"Happy Anniversary My Eternal Sunshine"