Thursday 22 December 2011

SI CANTIK YANG SOPAN SANTUN



280 hari 8 jam 29 minit.

macam-macam yang dah kita lalui & kongsi bersama.
tak pernah berenggang..dan tiada satu saat pon yang memisahkan..

;)

tepat jam 8:29pagi, hari Sabtu 10 Disember 2011, saat yang tak mungkin mommi lupakan.

Khayla Marissa lahir dalam suasana penuh kesyukuran.
Khayla anugerah terindah buat momi & babah.
Tanda cinta + kasih sayang.
Bukti ketabahan dalam jerih sabar kami mengharungi dugaan hidup berumahtangga.

Khayla = Cantik
Marissa = Bersopan-santun

Semoga peribadimu seindah nama yang diberi.
Mommi n babah akan cuba sedaya upaya mendidik dan membesarkan Khayla mengikut landasan ad-din.
InsyaAllah.

Dugaan melahirkan Khayla bagai mimpi yang samar-samar dan semakin hilang tiap hari. Itulah kuasa Allah.
DIA datangkan kesakitan, tapi Dia Maha Pengasih dan Maha Penyembuh.
Dia hilangkan kesakitan dengan menghadiahkan...Khayla. Subhanallah.


<< beRtuKaR!! >>


24 Nov 2011




ini apa yang aku lalui..semata-mata untuk buah hati tersayang..dan untuk peluang melahirkan zuriat secara normal..


Alhamdulillah...

Takde benda yang mudah dalam dunia ni sebenarnya... Semuanya memerlukan pengorbanan...
Bila tiada, kita akan meminta-minta... Bila telah diberi, ianya bukan datang secara percuma ;)

Tuesday 22 November 2011

.mana lebih teruk? tahu masanya atau menanti masanya?.


I'm ready.
Yes I am!
37weeks 4 days.
Maksudnya 3hari lagi kandungan ni nak mencecah 38minggu.
Tapi baby still breech. 

Hari ni check-up di Hospital Ipoh.
Doc kasi 2 pilihan.
ECV atau C-zer... n i go for ECV... even doc cakap 50-50 je prosedur ni berjaya.

"Baby u tak besar sangat. Just nice. So i rasa kita ley cuba untuk pusingkan dia."
"Cukup 38minggu, we proceed. Tak boleh tunggu lama lagi."
"If berjaya, u boleh balik dan tunggu bersalin biasa. Kalau tak, kita terpaksa operate u."
"Ada chances juga untuk baby lemas waktu proses ni."


Dan aku tak punya banyak masa untuk berfikir.
Walaupun banyak aku dengar cerita teknik ECV ni memang sakit, tapi, tak salah kalau kita usaha mencuba and berkorban sebelum terus tawakal kan?

So lusa aku kena serah diri kat hospital.
Doc akan ambil sampel apa yang patut.
Then dia kan cucuk ubat untuk rilexkan rahim.

Semoga Allah permudahkan urusan dan kuatkan semangat aku.
Amin.

Apa itu ECV?

ECV - External Cephalic Version ialah satu kaedah yang digunakan untuk memusingkan kedudukan bayi yang songsang pada kedudukan yang sepatutnya supaya boleh bersalin normal.
ECV hanya boleh dibuat pada kandungan songsang yang tidak mempunyai komplikasi. ECV hanya boleh dilakukan oleh senior doktor dalam bidang O&G yang bertauliah sahaja, dibantu oleh beberapa peralatan dan sepatutnya dibuat di hospital yang mempunyai kelengkapan/persediaan pembedahan ceasearean (jika perkara tidak diingini berlaku).

Ini kerana ECV boleh menyebabkan APH atau pendarahan waktu mengandung kerana pelbagai sebab antaranya abruptio placenta atau uri tertanggal samaada sepenuhnya atau sebahagian yg merupakan insiden yg bahaya yg patut dielakkan. Bayi juga kemungkinan terbelit dengan tali pusatnya sendiri. disebabkan faktor inilah doktor akan membuat ECV dengan pemerhatian yang teliti menggunakan kaedah scan dan memerhati pergerakan jantung bayi menggunakan CTG. usia kandungan juga kena tepat iaitu pada minggu ke 36 atau lebih supaya jika sesuatu berlaku bayi tersebut boleh dilahirkan segera dan tidak timbul masalah tidak cukup bulan. Jangan sesekali mendapatkan khidmat bidan kampung, keputusan yang realistik dan bijak harus diambil bagi memastikan keselamatan ibu dan lebih2 lagi bayi.

Sebelum melalui prosedur ini biasanya pakar obstetrik akan melakukan pemeriksaan dan penilaian bagi memastikan kandungan tersebut telah memenuhi kriteria yang membolehkan prosedur itu dijalankan. Namun, kaedah ini mesti dilakukan oleh profesional yang terlatih dengan kaedah ini, dan harus dilakukan berdekatan dengan kemudahan kecemasan supaya pembedahan kecemasan atau seasarean dapat dilakukan jika perlu. Mesin CTG atau cardiotocograph iaitu mesin untuk melihat corak aktiviti jantung perlu bagi memantau pegerakan jantung bayi samaada normal atau sebaliknya disamping mesin ultrasound bagi melihat kedudukan bayi dan menentukan corak pusingan samaada pusing mengikut arah jam atau lawan jam. selalunya prosedur ini tidak menganbil masa yang lama paling kurang dalam 15 minit, dan dilakukan secara memusing sedikit demi sedikit. Kebiasaanya, selepas melakukan ECV, 'pesakit' akan ditahan diwad paling lama untuk satu hari bagi memantau pergerakan jantung bayi dan merehatkan si ibu itu sendiri.

Adalah disarankan kepada bakal2 ibu yg mengandung songsang agar melakukan banyak senaman seperti kedudukan sewaktu sujud dalam solat. Senaman ini juga dikenali sebagai kaedah postural(knee-chest position -posisi sujud). Walaupun ada kajian mengatakan kaedah ini tidak memberi kesan terhadap kandungan, tidak salah kalau mencuba, mana tahu dengan keizinan Allah bayi dapat berpusing.....

Tuesday 15 November 2011

.kisah hujung minggu.


baru balik dari kampung halaman.
seronok sebab dapat jumpa mak.
last balik, masa raya puasa arituh.
tambah tolak, kira-kira dua bulan setengah dah tak balik.

balik ni nak mintak restu mak.
nak mintak mak redha.
anak mak ni tengah menghitung hari je nak jadi macam mak ;)

kebetulan pulak ada kenduri kawan sekolah kawen.
so bleh together-gether dengan geng-geng mulut loqlaq yang laen.
hehe

alhmdulillah semuanya selamat.
incek hubby pon dah boleh tarik nafas lega sebab aku tak terberanak kat kedah.
haish. macam-macam.
perjalanan pergi dan balik pon selamat.
aku pun takde bengkak kaki ataupun sakit yang teruk sebab perjalanan jauh kan.
(so, boleh pegi jalan lagi nampaknya minggu ni. hehhe)


Wednesday 9 November 2011


Tarikh : 09 Nov 2011
Situasi : Suami isteri yang sedang menonton perlawanan bola sepak Malaysia vs Thailand.
Lokasi : Ruang tamu


Ringkasan :

Si isteri suka sangat menonton tv bersama suami sebab sepanjang menonton, suami akan memegang erat tangan isteri dan menciyom-ciyom tangan isteri.

Suami pulak sambil menonton dan memanjakan isteri, mulutnya tak henti-henti menjerit dan meraung bila pasukan Malaysia menjaringkan gol ataupun terlepas peluang menyumbat gol.

Ingat lagi tangan isteri yang dicium-cium suami tadi?
Isteri senyum sendiri.
Bukan sebab dia suka dicium sebegitu.
Tapi lebih senang baginya untuk terus menampar mulut suami setiap kali suami menjerit! Boleh dengar satu taman kot!!

Sekian >_<!

Friday 28 October 2011

.kisah pundi kencing.


hari ni aku MC lagi.
mesti orang kat opis akan cakap "MC lagi...asek MC je Finas tu.."
Y_______Y
apa nak buat. dah doktor kasi aku MC. huhu

pagi semalam aku dah mula rasa lain kat bahagian bawah perut. sebelah kiri.
then bila jalan je, rasa sakit.
so tabuley la nak jalan-jalan ala lumba jalan 100meter kan...
macam jalan orang dalam pantang pon ada.
sebenarnya sakit tu terasa sejak tido malam tu.
bila nak gerak, Tuhan je yang tahu sakitnya macam mana.

mulanya aku fikir ni mungkin efek lepas mak bidan urut perut aku 2hari sebelum tu
lepas kena urut, malam u memang mengerang je laaa.
kami laki bini pun tak sangka yang mak bidan nak picit-picit perut aku yang dah membuntal ni.
asalnya kitorang jumpa dia sebab nak ambil air & minyak selusuh je.
tapi disebabkan kedudukan anak aku breech, jadi mak bidan mintak aku baring sekejap.
huhu

bila gitau hubby yang perut aku sakit, dia memang dah risau gila.
dia ajak aku gi cek and tengok baby ok ke tak.
sebab sebelum ni doktor memang dah larang kitorang mengurut untuk betulkan kandungan baby.
takut baby terbelit tali pusat atau uri tertanggal.
tambah plak, sebelum ini aku ada masalah uri di bawah.
bila bagitau mak mertua, dia lagilaa risau!
mak mertua aku ni memang jenis yang caring sikit.
sampaikan kalau dapat panggilan dari hubby pon dia dah menggelabah.
takut hubby kol tu sebab nak gitau apa-apa dah jadi pada aku.
mak....mak....^____^
kalau dia tau hubby tinggalkan aku sorang-sorang kat umah, dia akan cepat-cepat tanya aku, nak datang umah temankan aku.

eh..dah melalut pulak.
berbalik ke cerita asal. hehe

petang semalam, bila balik keje, hubby dah setia menanti kat rumah.
aku pun berlagak macam takde apa-apa yg jadi.
kononnya nak tunjuk macho laa tak sakit.
huhu. tapi cara jalan aku tak dapat nak sembunyikan yang aku memang tengah menahan sakit.
rasanya macam ada apendixxxx yang nak pecah kat perot korang. (aku pun xtau rasa sakit apendix camne sebenarnya..hehe)

lepas kau memaksa, aku terpaksa, aku pon setuju je la dengan paksaan incek hubby untuk ke klinik.
huhu.
masa tu memang keadaan aku makin teruk.
jalan pun dah tertunduk-tunduk sebab sakit yang amat.

doc benggali yang check aku pon macam biasa jalankan tugas dia.
dia tekan-tekan perut aku ni sampai keliling pinggang sebab nak pastikan pont-point mana yang buat aku sakit sangat.
mulanya dia suspek aku alami simptom awal nak beranak.
tapi disebabkan aku takde sakit pingang, takde lendir atau bleeding, jadi reason tu takley pakai.
tapi bila dia tekan bahagian kiri bawah perot aku ni, aku menjerit.

"bahagian ni adalah bahagian pundi kencing. jadi saya kan periksa bhgian ini. mungkin sumting yang sebabkan pundi kencing u sakit"
selepas berbaring, doc tu scan keadaan baby.
baby still breech. kepala ke atas, dan punggungnya.....hurmm.....
"punggung baby ada di sini...jadi mungkin ada sedikit pressure pada pundi kencing u sebab dia menekan dan mengeras di situ."
ohh..baby ni nakal laa..napela pegi landing kat pundi tencing mummy lak...huhu

"berat baby  berapa ye doc?" babah ni suka benar nak tawu berat baby..mummy tawu la babah nak anak gebu-gebu cam mummy kan? hehhehe

"sudaaa 2kg..keadaan lain semua ok ;) "

tapi malam tadi kami tak dapat juga nak tengok jantina baby sebab dia duduk menonggek macam tu. haiii laa baby..

lepas scan, aku kena buat pemeriksaan air kencing pulak.
resultnya...air kencing yang tersangat kotor!
terlalu banyak kuman dan wujud protein dalam urine aku.
itu lagi satu punca kenapa pundi kencing aku sakit sangat hari tu.
solutionnya, aku kena minum lebey banyak air masak dan diberi antibiotik.

memang banyak dugaan mengandung ni.
aku terbayang macam mana la mak aku mengandungkan aku dulu.
mesti lagi banyak ragam aku.
huhu.. tak sabar nak balik kampung jumpa mak. huhu
dengan keadaan anak yang songsang ni, aku n suami still berdoa semoga baby akan segera pusing kepada kedudukan sepatutnya dan lock dalam masa terdekat ni.
air  mata takyah nak cakap laa.
maklumlaa anak first, takut sangat bila doc cakap if baby tak pusing  jugak, c-zer adalah jln terakhir.
(~____~)
tadi mesej incek hubby, dia cakap " InsyaAllah, kita jangan berhenti doa. Hari tu masalah uri pun sama kan? Last-last uri naik sendiri dengan izin-Nya. Luv both of u.."

....mummy n baby luv u too...

Monday 24 October 2011

.tak sengaja nak beranak!.

seawal Subuh hari ni, perot aku terasa memulas yang amat.
ujian menembak takyah cakap ah! peluru bertubi2!
dalam kepala dah terfikir, ni kena rushing gi jamban ni. kang tak sempat!
wo-ha!

bila dah sampai tempat dituju, tiba-tiba rasa tu hilang.
keadaan yang sama berulang walaupun aku di pejabat.
memang stress sangat.
bila aku gitau benda ni pada kak aku, dia cakap tu antara tanda-tanda awal dah nak sampai masa bersalin.
waaa..nak pitam!

so aku pun ape lagi, gugel ahh apa lagi tanda-tanda nak beranak.
antara yang aku ingat :-
-kerap buang air kecil
-kerap sakit perut memulas
-kerap kentut

ha! kan aku ada 3 3 tanda tu...

tak puas hati lagi, aku try cari lagi, n aku jumpa artikel dari Pa&Ma ni..



FALSE ALARM vs KELAHIRAN SEBENAR

Ketika berada dalam proses bersalin, tubuh menghasilkan hormon pitokin. Hormon ini bertindak sama seperti hormon yang terhasil apabila tubuh kehilangan air. Jika anda mengalami dehidrasi ketika di hujung minggu kehamilan, ini akan menyebabkan rahim mengecut walaupun ketika itu belum tiba masanya untuk bersalin. Jadi, anda perlu minum dalam jumlah yang mencukupi bagi mengelakkan false alarm berlaku.

Langkah bijak yang boleh anda amalkan ialah mencatat setiap kontraksi yang dialami di atas sekeping kertas. Catatkan kontraksi pertama dan berikutnya. Bagi kontraksi sebenar, jarak masa antara satu kontraksi dengan kontraksi berikutnya adalah tetap dan semakin lama semakin kerap. Namun, jika anda mengalami false alarm, jaraknya tidak tetap.

Anda juga perlu mencatatkan berapa lama jarak masa bagi setiap kontraksi. Catatkan bila ia bermula dan berhenti. Proses kelahiran sebenar menyaksikan anda mengalami kontraksi lebih daripada 30 saat bagi satu-satu masa kemudian makin kerap. Lebih daripada seminit dan kuat. Jika false alarm, jarak kontraksinya berbeza di antara satu sama lain.

Dalam proses kelahiran yang sebenar, kesakitan yang dialami bermula di bahagian atas abdomen kemudian “merebak” ke seluruh abdomen dan anda turut mengalami sakit belakang. Berlainan pula dengan false alarm, kontraksinya banyak tertumpu di bahagian bawah abdomen dan pangkal paha.

Tanda-tanda false alarm:
1. Kontraksi yang dialami tidak teratur dan tidak dijangka.
2. Apabila kontraksi berlangsung, bahagian perut mengeras.
3. Perubahan posisi tubuh akan menyebabkan kontraksi berkurangan ataupun terhenti.
4. Kebiasaannya tiada pendarahan yang berlaku.
5. Kantung air ketuban tidak pecah.

Tanda awal kelahiran
1.Penurunan paras rahim (lightening)
Petanda awal yang akan anda alami ialah perut kelihatan “turun” sedikit. Hal ini berlaku kerana:

-Symphisis pubis mengembang.
-Otot pelvik menjadi lembut dan longgar.
-Bahagian bawah rahim mengembang.

Keadaan sebegini akan menyebabkan fetus bergerak turun ke pelvik. Bagi yang bakal melahirkan anak sulung, kepala bayi akan terus masuk ke rongga pelvik. Namun, bagi yang pernah mempunyai anak sebelum ini, rahimnya lebih mengembang ke hadapan tetapi kepala bayi tidak masuk ke rongga pelvik.

Pada peringkat ini, anda akan berasa selesa setiap kali bernafas. Organ jantung dan perut juga berfungsi dengan lebih baik. Namun, anda akan mengalami kesukaran untuk berjalan dan sakit belakang. Selain itu, anda juga berasa tidak selesa di bahagian bawah perut, kelengkang dan paha.

2. Kekerapan membuang air kecil
Keadaan ini berlaku hasil daripada tekanan kepala bayi ke atas pundi kencing. Ini akan menyebabkan pundi kencing tidak mampu menampung jumlah air yang banyak. Oleh kerana itulah, anda perlu membuang air kecil sekerap mungkin. Dalam keadaan tertentu, kadang kala anda akan “terkencing” dengan sendirinya. Ini berlaku kerana otot pelvik menjadi semakin lembut dan longgar.

3. Penarikan pangkal rahim
Pada peringkat ini, pangkal rahim mula tertarik. Ini akan menjadikannya selari dengan bahagian bawah otot rahim.


Tanda sebenar kelahiran
1. Kontraksi
Proses ini berlaku untuk menolak keluar bayi daripada rahim melalui faraj pada saat kelahiran. Dalam masa yang sama, rahim akan menjadi keras. Ketika ini anda akan berasa tidak selesa.

Perlu diingat, keadaan ini berlaku secara semula jadi dan tidak boleh dikawal. Sakit yang anda alami bermula dari bahagian belakang tubuh dan kemudiannya beralih ke hadapan dan bahagian atas paha. Kesakitan ini semakin kuat dirasai apabila saat kelahiran semakin tiba.

Proses ini adalah tanda yang paling penting bagi menunjukkan bahawa anda akan melahirkan pada bila-bila masa sahaja. Jika kesakitan yang dialami berterusan sehingga ke lima minit setiap kali kontraksi, segeralah ke hospital berdekatan

2. Sakit belakang
Keadaan ini adalah salah satu daripada tanda bahawa anda akan bersalin. Ketika dalam proses kelahiran, kesakitan ini akan menjadi lebih teruk. Kesakitan yang dialami ketika ini sama seperti senggugut.

3. Pendarahan
Kebiasaannya lendir yang bercampur darah keluar dari faraj beberapa jam sebelum proses kelahiran bermula. Paling tidak pun apabila saat kelahiran hampir tiba. Lendir darah tersebut keluar kesan daripada pembesaran pangkal rahim sehingga menyebabkan selaput ketuban terpisah daripada lapisannya.

4. Pecah ketuban
Mungkin dalam fikiran, setelah pecah air ketuban, anda akan bersalin dalam tempoh yang terdekat. Namun, hakikatnya tidaklah sebegitu. Ada kes di mana kebanyakan wanita hamil yang ditahan di wad, tidak mengalami pengalaman ini. Ketuban mereka terpaksa dipecahkan oleh doktor bagi mempercepatkan proses kelahiran.

Namun begitu, bagi yang berpeluang merasakan air keluar dari faraj, sama ada banyak ataupun sedikit, ini menandakan anda akan melalui proses awal kelahiran ataupun sudah berada dalam proses itu. Selepas daripada itu, anda perasan bahawa kontraksi akan menjadi lebih kuat.

5. Pembukaan pintu rahim
Dalam proses kelahiran, serviks akan menjadi lembut dan nipis daripada biasa. Ia juga sedikit demi sedikit terbuka bagi menampung saiz kepala bayi. Pintu rahim akan terbuka bagi memberi laluan kepada bayi agar dia dapat dilahirkan. Proses ini akan lebih cepat berlaku jika kepala bayi menekan tepat ke bahagian pintu rahim. Dalam pada itu, saiz serviks dapat diketahui apabila doktor melakukan pemeriksaan pelvik.


**************

kesimpulannya, selepas beberapa jam berjuang, akhirnya aku dah dapat jawapan yang aku cari!!
apa yang aku alami sebenarnya bukanlah false alarm mahupun betol-betol sakit nak beranak.
macam mana aku tau?
sebab aku berjaya uh-uh selepas entah berapa kali ulang alik gi jamban. hahahha!