Tuesday 6 September 2011

.tangis syukur.



semalam, lepas je balik keje, ntah macam mana hati aku tergerak nak ajak hubby pegi survey hospital yang ada service scan 3D + 4D.
kebetulan dia datang amek aku balik keje semalam.


aku n hubby pon pusing-pusing la 1 Ipoh cari tempat paling murah untuk scan.
hehe. nak scan tempat memahal, kitorang dah banyak habes duit balik beraya Kedah aritu.
rata-rata hospital yang ada scan 4D, ongkosnya dalam rm100++.
gulp.


last sekali kitorang decide untuk pergi R.S Specialist dekat area Fair Park, Ipoh.
kos untuk scan 2D & 4D kat sini cuma rm70 je.
aku dah senyum lebar.


dalam 30 minit menunggu, baru laa sampai giliran aku.
nebes pon ada.
sebab hati aku sebenarnya serba salah.
aku takut sangat. 
takut ada yang tak kena dengan kandungan tu nanti ke.
nauzubillah.


aku selalu doakan anak yang aku kandungkan ni dipelihara.
sihat tubuh badan.
sempurna.
tapi kuasa Allah siapa yang tahu kan?


risau lagi.
huhu.


ok. lepas je masuk dalam bilik doktor, pembantu doktor suruh aku baring.
hubby tunggu kat luar masa tu.
pembantu doktor cakap, bila dah ready baru dia panggil hubby.
haduyaiiii..tambah nebes.
bukannya aku tak penah scan sebelom ni, tapi ni la 1st time kitorang nak tengok muka baby.
selama ni scan 2D je.


korang penah blind-date x?
ha!!
macam tu la feelnya.
nak jumpa n tengok muka someone yang slama ni connect dengan kita, tapi baru kali ni nak bertentang mata.
ceyy-wahh!


baring.
selak baju.
tersembol perot buncit-buncit. 
(Y__________Y)
londeh panties sikit.
ni bukan lucah yea...
ni la hakikat yang korang kena lalui bila perot korang kena scan. 
so, get ready.
time tu korang dah ilang perasaan malu.


bila aku dah ready, doktor singh pun datang n tuang gel pada perot aku.
time ni pon hubby dah dipanggil masuk.




doc : ok. mula-mula sekali saya mau explain dulu kasi u ol tau n faham.
           saya akan scan 2D/biasa dulu untuk tengok segala perkembangan + detail     bayi.

         waktu inilah kita akan lihat pertumbuhan bayi normal/tak atau jika ada sebarang kecacatan.
         then selepas itulah baru kita akan proceed untuk 4D scan.
         4D scan ni just good to see hows the baby look alike. 
         its good to see the face.

     
aku + hubby : terkebil-kebil. terangguk-angguk.

doc : lagi satu, tak semestinya kita akan dapat lihat muka baby.
         ini bergantung kepada kedudukan bayi.


aku : alamak!



doc : dont worry.
         kita akan cuba manipulasi tu nanti.




doktor singh mula menggolek-golek alat scan yang bentuk macam botol deodorant rexona kat perot aku.
paparan pada skrin pun timbul.


ini kepala baby.
nampak?


aku angguk.


apa yang awak tengok ini adalah otak dia.
ini hemisphere kanan, ini kiri.
setakat sekarang, ini adalah pertumbuhan otak yang normal.
dari segi ukuran pun normal. ikut ukuran kepala, baby u dalam 26minggu 5 hari.


alhamdulillah.
aku tersenyum.
sihat anak mommi ni.


u nampak garisan ni?
ini tulang hidung.
so baby u normal.
if kita xnampak tulang hidung, baby tu mungkin mengalami down-syndrome.


aku terus genggam kain.
istighfar dalam hati.
syukur ya Allah kau sempurnakan zuriat kami.


ini pulak tulang femur.
ini tangan kanan, tangan kiri.
kaki kanan. kaki kiri.
bla.bla.bla.



tiba saat yang ditunggu.
doktor ambil alat scan yang lain pula.

ini khas untuk melihat bayi dalam 4 dimensi.
jeng jeng jeng.

....
....
....
....

cara tidur sebijik macam babah dia.
hehe.
siap tidur sambil gigit tangan sendiri.



ya Allah, hebatnya kuasa Allah kan?
rasa nak nangis pun ada time ni.
doktor kasi tengok muka dia dari posisi depan dan tepi.
gambar ni dari posisi tepi.
^_________^


doktor....boleh tengok jantina dia tak?
erk. aku tak tahan. 
kononnya nak suprise.
hahaha


ok, kasi saya cek berat dia dulu yea.
9++gram..hampir 1kg dah.
;)


ok, ini kelamin dia.
________________.
80% ___________________.



makin lebar senyum aku!
haduyai sayang.
^___________*


hubby : err doktor, 100% ke?

doc : kadang-kadang boley terjadi mistake.
         mari saya cek sekali lagi.
         erm...see, bentuknya seperti _____________.

         ini atas, ini bawah.

         ok, 100%.
         tapi saya mau kasitau, uri u sedikit ke bawah.
         sepatotnya uri kena berada di atas.
         tapi jangan risau, u kena banyak berehat dan uri u boleh naik ke atas.




oh.mungkin aku penat sebab balik beraya Kedah kot.
huhu 


yeay...selesai.
dengan rm70, kitorang dapat description kandungan aku, 2keping pic hitam putih 2D dan sekeping pic berwarna 4D.





kepada anak mommi & babah,
kami sentiasa doakan yang terbaik untuk baby. 
tak sabar nak jumpa baby!!!jangan nakal-nakal kat sana tu.
apa perangai elok mommi n babah je ikot tau.
yang loqlaq-loqlaq toksah dok ikot.
hehe.


Sayangggggggg anak mommi !!!
Mmmuaacckksss.






6 comments:

  1. alhamdulillah, tp xbpe paham tgok gmbar 2. tcare, ur self n ur bby inside

    ReplyDelete
  2. hehe..gambar tu dari side view..
    juz imagine tidur smbil tangan bengkok ke atas, n lips dia kumam tangan dia sikit..heheh

    ReplyDelete
  3. mmg tape recorder!.penceritaan doc ritu mmg sbijik mcm momi cite!!..hehe doa2 smuanya selamat hendaknya..perkenan doa kami ya Allah..amin ya rabalalamin...

    ReplyDelete
  4. amin
    amin
    amin
    elok la hangpa laki bini
    spesen perangai

    ReplyDelete
  5. haha.
    incek syukri : ok la tu. saya tak pandai nak tokok tambah cerita. haha

    cikbedah: amin. tak sepesen, laki aku tak pandai cerita. haha.

    ReplyDelete
  6. 3d 4d scan di KL, selangor, ipoh >> cuba search kat facebook : 3d 4d scan malaysia ... rm120 termasuk cd, colour print

    ReplyDelete