Wednesday, 30 March 2011

Kau Peliharalah Dia. Dia Anak Yang Tak Berdosa.



pernah tak korang rasa sedih yg amat?
pernah tak korang rasa nak marah tapi xterluah?
pernah tak korang rasa nak ambil tindakan, tp tak tahu camne nak bertindak?


pernah tak korang rasa tak berdaya? 
pernah tak korang rasa yg korang ni useless sgt? 
pernah tak korang rasa yg korang ni pengecut?

(U_____________U) 







Ya Allah... Berikanlah aku kekuatan. Tunjukkanlah jalan yang benar kepadaku. Bantulah hambamu yang lemah ini Ya Allah.

Ya Allah, selamatkanlah dia. Lindungilah dia. Peliharalah dia Ya Allah.

Friday, 25 March 2011

Burger Mc D Yang Kita Suka Makan Tu Rupa-rupanya............



Perasaan mula gelisah...

Peluh jantan dah mula merembes...

Nafas makin tercungap-cungap...

Dunia seakan berhenti berputar...

HOMAIIIGODDD !!!

Apakah ini.... Oh tidak..!!

...

...

...

...

Beli minimum RM5 hidangan Mc D dapat free DUA set BIG Breakfast????

Y___________Y




Sekarang baru aku sedar kenapa aku sayang Uncle Ronald Mc Donald tu sangat2!




Mari kita sayang Uncle Ronald dengan mendownload dan cetak kupon percuma di sini.

TETAPI... kalau korang nak cetak dengan tamaknya, Y_____Y sila cetak di sini.

Nota kaki : 

Sales: 15 March 2011 – 31 March 2011
Venue: All Mcdonald’s Outlet Which Serving Breakfast


Wednesday, 23 March 2011

Kakitangan Sokongan Sekolah TUTTTT Mati Di Hari Keputusan SPM 2011





" Hallluuuww~~ Selamat pagi. Sekolah dot dot dot..."

" Haloi, saya si polan bapa kepada si polan "

" Ye incek, ada apa boleh saya bantu?"

" Boleh tak saya nak tawu result SPM anak saya? "

Y__________Y







Setakat pukul 12tgh hari ni je, aku dah terima lebih 20 panggilan  camni.
Kepada adik-adik, janganlah off henpon, 
kalau xkesian kat mak bapak,
kesian la dekat akak yg kna jawab kol mak bapak korang ni.


Sunday, 20 March 2011

I Loooiikeeee Kenduri.. Sumpah!!!



Hoo-kay children, arini kita semua takyah masak. ada jemputan makan free! huu-reyyy. sila tepuk tangan sambil buat lompat bintang! 

musim cuti sekolah adalah masa yang tepat untuk kalian semua mengawan mengadakan kenduri kawen. kenapa cuti sekolah? kenapa bukan cuti thaipusam atau cuti bersalin? 

mungkin disebabkan cuti sekolah sesuai untuk menghimpunkan saudara-mara yang jauh untuk balik sama-sama meraikan hari bahagia kalian kot.cheyy-wahhh! **masa aku kawen dulu, takde plak aku buat time cuti sekolah. sapa yang xbalik, putus sdara! kejam kan? miahahahha**

suami aku cakap, bila terAKADnya dan terIJABnya pasangan lelaki + perempuan itu, maka berduyunlah syaitan menangis kesedihan. padan muka kau Syaitan!!





teringat balik masa aku dan suami disatukan dulu. dengan sekali lafaz je, tak sangka aku dah jadi isteri orang. dengan serta merta tanggungjawab kami berdua menjadi bertambah.

sekarang, aku bukan saje kena menjaga maruah aku dan keluarga, malah maruah + aib suami dan keluarganya. **tapi kalau ada yang terlepas satu dua tu, i'm sorryyyyy yer..hehehehe**

kalau sebelum ni aku memang sorang yang bebas berkawan dan gila-gila, tapi lepas dah jadi isteri ni, semua tu ada batasnya. semua tu perlu izinnya. semua itu harus dijaga. ^_______^

walaupun sukar untuk berubah dalam sekelip mata, tapi aku bersyukur kerana dikurniakan seorang imam yang penyabar dan memahami. bagi pasangan yang bercadang nak berumahtangga tu, banyak perkara yang korang perlu persiapkan sebelum nak hidup bersama. jangan pikir yang batin je. mental dan rohani pun kena kuat dan kebal jugak.

permulaan hidup suami isteri bukannya penamat untuk segala masalah kita time bercinta dulu. malah ia satu permulaan untuk cabaran dan dugaan yang lebih mencabar. 

setiap dari kita diberikan habuan yang berbeza-beza. berdoalah semoga kita dipermudahkan urusan oleh-Nya. ^____*


homaakkkkkk aiiiii..bukan tadi aku nak cerita pasal kenduri kawen ke?? T___T

hari ni aku dan suami ada 2 majlis yang wajib dihadiri. jika tiada aral, setiap undangan yang kita terima wajib dihadiri tau!!

SUMPAH. aku memang suka kenduri kawen! tapi hari ni aku hampa sebab takde satu rumah pun yang hidangkan air sirap. huks.


ape??ape??air sirap rumah kenduri memang superb hoo-kay! korang jeles la tu...



nasiblah kekecewaan aku terubat juga dengan adanya..........

cendol !!!


disebabkan terlalu lapar dan gelojoh, kitorang xteringat plak nak snap gambar nasik beriani, nasi hujan panas, dan cendol kat rumah kenduri tadi. yang ada ni pun ehsan incek gugel...haish...

takpelah, asalkan kitorang xterlupa untuk bergambar dengan kedua-dua pasang orang gatal pengantin hari ini.

member seperjalanan Mohd Hubby.

member sekolah menengah Mohd Hubby.


member sebantal Mohd Hubby dan anak orang bukan anak kami. hahahha





Saturday, 19 March 2011

Aku Bukan Tuhan





Aku bukan Tuhan.

Aku tidak mengatur rezeki kamu, apatah lagi rezekiku sendiri.

Aku bukan Tuhan.

Yang tahu bila masamu, apatah lagi masaku sendiri.



Selepas mengalaminya SEKALI LAGI hari ini, aku terus google artikel yang berkaitan untuk menyedapkan hati dan meredakan sebak kat hati ni...






Macam-macam artikel rohani yang aku jumpa.


Macam-macam juga pengalaman orang lain yang lagi berat dugaannya daripada apa yang aku alami.






“Allah tidak akan membebani hambaNya dengan bebanan yang tidak mampu dipikulnya.”




Nauzubillah, betapa aku tidak bersyukur dengan setiap ketetapan dan rezeki yang diatur-Nya.


Mungkin ini belum rezeki aku dan suami, tetapi orang sekeliling, pleaseeeee, bantu kami dengan tidak bertanya dan membandingkan rezeki kami dengan yang lain.


(Y_______________Y)




"Tidak ada anugerah yang lebih baik selain peroleh sifat sabar." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)




** Sayang, jangan sedih. Jangan macam nii... Kita enjoy dulu naa. Biarlah apa mulut orang nak kata. Lagipun baru lagi kan. Didy pon tak puas lagi nak manja-manja dengan sayang. ;) Kita banyak plan nak gi vacation lagi ni kan. Owang sayang kat dia. **   -Thanks suami.-





Wahai Bloggers yang hebat, please help me Y__Y



Baru malam ni aku perasan, video yang aku post dalam entry semua terlebey sudddaaaa column...

Makan ruang gadget2 kat sebelah tu ha..

Selama ni aku syok sendiri ja bila tengok ngam-ngam ho kalau view guna Google Chrome.

Tapi malam ni bila view guna Mozilla, HOMAKKKKK AIIIII...xkemas langsung!!

Camne ek nak wat???

Friday, 18 March 2011

Rasa Sedap Ke Pegang-pegang?




Antara aku dan kamu
ada jaringan 
peranti antara muka
menjadi jendela bercerita
meluahkan segala rasa
mungkin itu cinta
atau suka sama suka
atau mungkin teman tapi mesra


kita memandang mulia
tetapi Tuhan memandang hina
kita berhubungan
walau tidak berpegang tangan
kita rasa selesa
dan rasa diselimut iman
walau hati tidak keruan
dan hidup dalam khayalan



antara aku dan kamu
ada syaitan
mengatur rapi rancangan
menunggu peluang keemasan
agar kita memakan umpan
dan menjadi korban
hati dirasakan berdekatan
walau tidak bersentuhan
walau tidak berpegang tangan
kita rasa dijodohkan
walau hanya diperhambakan perasaan



antara aku dan kamu
ada Tuhan sedang memerhati
ada malaikat yang sungguh teliti
mencatat segala 'luahan hati'
untuk dibicarakan di mahkamah-Nya nanti



antara aku dan kamu
ada dosa-dosa tersembunyi
yang mungkin aku
atau kau nampak
atau buat-buat tidak nampak
kerana kita hanya terleka
oleh buaian nafsu semata



antara aku dan kamu
ada hati yang tidak bermata
dan akal yang tidak bertelinga...


***renung2kan & selamat beramal***