Sunday 20 March 2011

I Loooiikeeee Kenduri.. Sumpah!!!



Hoo-kay children, arini kita semua takyah masak. ada jemputan makan free! huu-reyyy. sila tepuk tangan sambil buat lompat bintang! 

musim cuti sekolah adalah masa yang tepat untuk kalian semua mengawan mengadakan kenduri kawen. kenapa cuti sekolah? kenapa bukan cuti thaipusam atau cuti bersalin? 

mungkin disebabkan cuti sekolah sesuai untuk menghimpunkan saudara-mara yang jauh untuk balik sama-sama meraikan hari bahagia kalian kot.cheyy-wahhh! **masa aku kawen dulu, takde plak aku buat time cuti sekolah. sapa yang xbalik, putus sdara! kejam kan? miahahahha**

suami aku cakap, bila terAKADnya dan terIJABnya pasangan lelaki + perempuan itu, maka berduyunlah syaitan menangis kesedihan. padan muka kau Syaitan!!





teringat balik masa aku dan suami disatukan dulu. dengan sekali lafaz je, tak sangka aku dah jadi isteri orang. dengan serta merta tanggungjawab kami berdua menjadi bertambah.

sekarang, aku bukan saje kena menjaga maruah aku dan keluarga, malah maruah + aib suami dan keluarganya. **tapi kalau ada yang terlepas satu dua tu, i'm sorryyyyy yer..hehehehe**

kalau sebelum ni aku memang sorang yang bebas berkawan dan gila-gila, tapi lepas dah jadi isteri ni, semua tu ada batasnya. semua tu perlu izinnya. semua itu harus dijaga. ^_______^

walaupun sukar untuk berubah dalam sekelip mata, tapi aku bersyukur kerana dikurniakan seorang imam yang penyabar dan memahami. bagi pasangan yang bercadang nak berumahtangga tu, banyak perkara yang korang perlu persiapkan sebelum nak hidup bersama. jangan pikir yang batin je. mental dan rohani pun kena kuat dan kebal jugak.

permulaan hidup suami isteri bukannya penamat untuk segala masalah kita time bercinta dulu. malah ia satu permulaan untuk cabaran dan dugaan yang lebih mencabar. 

setiap dari kita diberikan habuan yang berbeza-beza. berdoalah semoga kita dipermudahkan urusan oleh-Nya. ^____*


homaakkkkkk aiiiii..bukan tadi aku nak cerita pasal kenduri kawen ke?? T___T

hari ni aku dan suami ada 2 majlis yang wajib dihadiri. jika tiada aral, setiap undangan yang kita terima wajib dihadiri tau!!

SUMPAH. aku memang suka kenduri kawen! tapi hari ni aku hampa sebab takde satu rumah pun yang hidangkan air sirap. huks.


ape??ape??air sirap rumah kenduri memang superb hoo-kay! korang jeles la tu...



nasiblah kekecewaan aku terubat juga dengan adanya..........

cendol !!!


disebabkan terlalu lapar dan gelojoh, kitorang xteringat plak nak snap gambar nasik beriani, nasi hujan panas, dan cendol kat rumah kenduri tadi. yang ada ni pun ehsan incek gugel...haish...

takpelah, asalkan kitorang xterlupa untuk bergambar dengan kedua-dua pasang orang gatal pengantin hari ini.

member seperjalanan Mohd Hubby.

member sekolah menengah Mohd Hubby.


member sebantal Mohd Hubby dan anak orang bukan anak kami. hahahha





No comments:

Post a Comment