Friday, 18 March 2011

Rasa Sedap Ke Pegang-pegang?




Antara aku dan kamu
ada jaringan 
peranti antara muka
menjadi jendela bercerita
meluahkan segala rasa
mungkin itu cinta
atau suka sama suka
atau mungkin teman tapi mesra


kita memandang mulia
tetapi Tuhan memandang hina
kita berhubungan
walau tidak berpegang tangan
kita rasa selesa
dan rasa diselimut iman
walau hati tidak keruan
dan hidup dalam khayalan



antara aku dan kamu
ada syaitan
mengatur rapi rancangan
menunggu peluang keemasan
agar kita memakan umpan
dan menjadi korban
hati dirasakan berdekatan
walau tidak bersentuhan
walau tidak berpegang tangan
kita rasa dijodohkan
walau hanya diperhambakan perasaan



antara aku dan kamu
ada Tuhan sedang memerhati
ada malaikat yang sungguh teliti
mencatat segala 'luahan hati'
untuk dibicarakan di mahkamah-Nya nanti



antara aku dan kamu
ada dosa-dosa tersembunyi
yang mungkin aku
atau kau nampak
atau buat-buat tidak nampak
kerana kita hanya terleka
oleh buaian nafsu semata



antara aku dan kamu
ada hati yang tidak bermata
dan akal yang tidak bertelinga...


***renung2kan & selamat beramal***



No comments:

Post a Comment