Friday 14 October 2011

.sebuah entri meroyan.



Berada dalam dunia pekerjaan sebenar sememangnya begitu menguji ketahanan. Kita kena bersabar dengan pelbagai tekanan, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Jika tekanan yang datang dari tugas itu sendiri, mungkin ia merupakan sesuatu yang mampu memantapkan kerjaya bila kita berjaya mengharunginya. Tapi bagaimana pula dengan dugaan dan masalah yang sememangnya tiada kaitan dengan kita?


Bekerja dalam dunia yang dikelilingi dengan manusia yang rendah mentaliti dan mempunyai tahap profesionalisma yang boleh aku katakan ZERO, sesuatu yang indah. Ok, aku tipu. Rasanya seperti mahu mencarut saja saat ini! Pentadbiran yang lemah, suasana kerja tidak kondusif, pekerja yang tidak berdisiplin dan berpuak-puak amat memalukan walaupun berada dalam organisasi yang bertaraf Sekolah Berprestasi Tinggi. Ops, aku lupa. Yang diiktiraf hanyalah pencapaian pelajarnya, bukan dari segi mutu kerja pentadbirannya!


Bukan niat aku nak merendah-rendahkan pencapaian dan tahap keintelektualan pekerja di sini, tapi itulah realitinya. Arahan dari pihak pentadbiran tertinggi seolah-olah tiada kesan dan langsung tidak diendah. Pekerja sewenang-wenangnya boleh melanggar peraturan, boleh mengingkar arahan kerja, curi tulang, menolak tugasan, dsb. Itu belum termasuk isu keperibadian lagi. Main bomoh, mengumpat, bergaduh, dan fitnah sudah menjadi darah daging di sini.


Serius aku katakan yang aku dah bosan! Kalau tak disebabkan kesukaran mendapat peluang pekerjaan dalam kerajaan, dan yang paling penting berada dekat dengan suami, dah lama aku meletak jawatan.


Terlalu banyak perkara yang aku tidak puas hati dan tersepit, tapi terlalu sukar untuk aku luahkan dalam bentuk tulisan. Aku tak tahu cara dan ayat yang sesuai untuk dicoretkan. 


Cukuplah sekadar satu entri yang agak skema dan macam haram jadah ni. 
Sekian. 
Royanan tanpa hala tuju.

No comments:

Post a Comment