Wednesday 30 March 2011

Kau Peliharalah Dia. Dia Anak Yang Tak Berdosa.



pernah tak korang rasa sedih yg amat?
pernah tak korang rasa nak marah tapi xterluah?
pernah tak korang rasa nak ambil tindakan, tp tak tahu camne nak bertindak?


pernah tak korang rasa tak berdaya? 
pernah tak korang rasa yg korang ni useless sgt? 
pernah tak korang rasa yg korang ni pengecut?

(U_____________U) 







Ya Allah... Berikanlah aku kekuatan. Tunjukkanlah jalan yang benar kepadaku. Bantulah hambamu yang lemah ini Ya Allah.

Ya Allah, selamatkanlah dia. Lindungilah dia. Peliharalah dia Ya Allah.

Friday 25 March 2011

Burger Mc D Yang Kita Suka Makan Tu Rupa-rupanya............



Perasaan mula gelisah...

Peluh jantan dah mula merembes...

Nafas makin tercungap-cungap...

Dunia seakan berhenti berputar...

HOMAIIIGODDD !!!

Apakah ini.... Oh tidak..!!

...

...

...

...

Beli minimum RM5 hidangan Mc D dapat free DUA set BIG Breakfast????

Y___________Y




Sekarang baru aku sedar kenapa aku sayang Uncle Ronald Mc Donald tu sangat2!




Mari kita sayang Uncle Ronald dengan mendownload dan cetak kupon percuma di sini.

TETAPI... kalau korang nak cetak dengan tamaknya, Y_____Y sila cetak di sini.

Nota kaki : 

Sales: 15 March 2011 – 31 March 2011
Venue: All Mcdonald’s Outlet Which Serving Breakfast


Wednesday 23 March 2011

Kakitangan Sokongan Sekolah TUTTTT Mati Di Hari Keputusan SPM 2011





" Hallluuuww~~ Selamat pagi. Sekolah dot dot dot..."

" Haloi, saya si polan bapa kepada si polan "

" Ye incek, ada apa boleh saya bantu?"

" Boleh tak saya nak tawu result SPM anak saya? "

Y__________Y







Setakat pukul 12tgh hari ni je, aku dah terima lebih 20 panggilan  camni.
Kepada adik-adik, janganlah off henpon, 
kalau xkesian kat mak bapak,
kesian la dekat akak yg kna jawab kol mak bapak korang ni.


Sunday 20 March 2011

I Loooiikeeee Kenduri.. Sumpah!!!



Hoo-kay children, arini kita semua takyah masak. ada jemputan makan free! huu-reyyy. sila tepuk tangan sambil buat lompat bintang! 

musim cuti sekolah adalah masa yang tepat untuk kalian semua mengawan mengadakan kenduri kawen. kenapa cuti sekolah? kenapa bukan cuti thaipusam atau cuti bersalin? 

mungkin disebabkan cuti sekolah sesuai untuk menghimpunkan saudara-mara yang jauh untuk balik sama-sama meraikan hari bahagia kalian kot.cheyy-wahhh! **masa aku kawen dulu, takde plak aku buat time cuti sekolah. sapa yang xbalik, putus sdara! kejam kan? miahahahha**

suami aku cakap, bila terAKADnya dan terIJABnya pasangan lelaki + perempuan itu, maka berduyunlah syaitan menangis kesedihan. padan muka kau Syaitan!!





teringat balik masa aku dan suami disatukan dulu. dengan sekali lafaz je, tak sangka aku dah jadi isteri orang. dengan serta merta tanggungjawab kami berdua menjadi bertambah.

sekarang, aku bukan saje kena menjaga maruah aku dan keluarga, malah maruah + aib suami dan keluarganya. **tapi kalau ada yang terlepas satu dua tu, i'm sorryyyyy yer..hehehehe**

kalau sebelum ni aku memang sorang yang bebas berkawan dan gila-gila, tapi lepas dah jadi isteri ni, semua tu ada batasnya. semua tu perlu izinnya. semua itu harus dijaga. ^_______^

walaupun sukar untuk berubah dalam sekelip mata, tapi aku bersyukur kerana dikurniakan seorang imam yang penyabar dan memahami. bagi pasangan yang bercadang nak berumahtangga tu, banyak perkara yang korang perlu persiapkan sebelum nak hidup bersama. jangan pikir yang batin je. mental dan rohani pun kena kuat dan kebal jugak.

permulaan hidup suami isteri bukannya penamat untuk segala masalah kita time bercinta dulu. malah ia satu permulaan untuk cabaran dan dugaan yang lebih mencabar. 

setiap dari kita diberikan habuan yang berbeza-beza. berdoalah semoga kita dipermudahkan urusan oleh-Nya. ^____*


homaakkkkkk aiiiii..bukan tadi aku nak cerita pasal kenduri kawen ke?? T___T

hari ni aku dan suami ada 2 majlis yang wajib dihadiri. jika tiada aral, setiap undangan yang kita terima wajib dihadiri tau!!

SUMPAH. aku memang suka kenduri kawen! tapi hari ni aku hampa sebab takde satu rumah pun yang hidangkan air sirap. huks.


ape??ape??air sirap rumah kenduri memang superb hoo-kay! korang jeles la tu...



nasiblah kekecewaan aku terubat juga dengan adanya..........

cendol !!!


disebabkan terlalu lapar dan gelojoh, kitorang xteringat plak nak snap gambar nasik beriani, nasi hujan panas, dan cendol kat rumah kenduri tadi. yang ada ni pun ehsan incek gugel...haish...

takpelah, asalkan kitorang xterlupa untuk bergambar dengan kedua-dua pasang orang gatal pengantin hari ini.

member seperjalanan Mohd Hubby.

member sekolah menengah Mohd Hubby.


member sebantal Mohd Hubby dan anak orang bukan anak kami. hahahha





Saturday 19 March 2011

Aku Bukan Tuhan





Aku bukan Tuhan.

Aku tidak mengatur rezeki kamu, apatah lagi rezekiku sendiri.

Aku bukan Tuhan.

Yang tahu bila masamu, apatah lagi masaku sendiri.



Selepas mengalaminya SEKALI LAGI hari ini, aku terus google artikel yang berkaitan untuk menyedapkan hati dan meredakan sebak kat hati ni...






Macam-macam artikel rohani yang aku jumpa.


Macam-macam juga pengalaman orang lain yang lagi berat dugaannya daripada apa yang aku alami.






“Allah tidak akan membebani hambaNya dengan bebanan yang tidak mampu dipikulnya.”




Nauzubillah, betapa aku tidak bersyukur dengan setiap ketetapan dan rezeki yang diatur-Nya.


Mungkin ini belum rezeki aku dan suami, tetapi orang sekeliling, pleaseeeee, bantu kami dengan tidak bertanya dan membandingkan rezeki kami dengan yang lain.


(Y_______________Y)




"Tidak ada anugerah yang lebih baik selain peroleh sifat sabar." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)




** Sayang, jangan sedih. Jangan macam nii... Kita enjoy dulu naa. Biarlah apa mulut orang nak kata. Lagipun baru lagi kan. Didy pon tak puas lagi nak manja-manja dengan sayang. ;) Kita banyak plan nak gi vacation lagi ni kan. Owang sayang kat dia. **   -Thanks suami.-





Wahai Bloggers yang hebat, please help me Y__Y



Baru malam ni aku perasan, video yang aku post dalam entry semua terlebey sudddaaaa column...

Makan ruang gadget2 kat sebelah tu ha..

Selama ni aku syok sendiri ja bila tengok ngam-ngam ho kalau view guna Google Chrome.

Tapi malam ni bila view guna Mozilla, HOMAKKKKK AIIIII...xkemas langsung!!

Camne ek nak wat???

Friday 18 March 2011

Rasa Sedap Ke Pegang-pegang?




Antara aku dan kamu
ada jaringan 
peranti antara muka
menjadi jendela bercerita
meluahkan segala rasa
mungkin itu cinta
atau suka sama suka
atau mungkin teman tapi mesra


kita memandang mulia
tetapi Tuhan memandang hina
kita berhubungan
walau tidak berpegang tangan
kita rasa selesa
dan rasa diselimut iman
walau hati tidak keruan
dan hidup dalam khayalan



antara aku dan kamu
ada syaitan
mengatur rapi rancangan
menunggu peluang keemasan
agar kita memakan umpan
dan menjadi korban
hati dirasakan berdekatan
walau tidak bersentuhan
walau tidak berpegang tangan
kita rasa dijodohkan
walau hanya diperhambakan perasaan



antara aku dan kamu
ada Tuhan sedang memerhati
ada malaikat yang sungguh teliti
mencatat segala 'luahan hati'
untuk dibicarakan di mahkamah-Nya nanti



antara aku dan kamu
ada dosa-dosa tersembunyi
yang mungkin aku
atau kau nampak
atau buat-buat tidak nampak
kerana kita hanya terleka
oleh buaian nafsu semata



antara aku dan kamu
ada hati yang tidak bermata
dan akal yang tidak bertelinga...


***renung2kan & selamat beramal***



Kau Cintaku Yang Kekal....





Awak..awak...

Kiter suka bangat dengan lagu ni tau...

Tambah plak, kiter memang minat abg Jijan tu..Sweet sangat!

Lagu ni dia nyanyi dengan Dina..Alaaa..Dina yang cute-cute tu..Yang montel cam kiter jugak tu..hehehe

First time kita tengok vdeo klip ni, memang suka habis la!

Comel je budak2 tu..

Terpisah time kecik-kecik ketot-kemetot,

Pastu tu ley plak jumpa balik bila dah besar.


"Nasib baik bila jumpa, dua-dua cantik n gud-looking.

Kalau x, sumpah sure menyesal!! Hahhaha"


Thursday 17 March 2011

How I Met My Chenta Halal...




Siape cakap cinta internet tak kan kekal?!!
Siape cakap cinta internet tak ley percaya?!!
Siape cakap cinta internet ni tipu semuanya?!!
Siape cakap?!! Siape?!! Siape?!!

Ehem. Ehem. Emo la pulak (^^;)7   hehehe



Cerr  teka cerr teka, how we met each other?

Facebook. Salah.

Dalam komuter. Errr tu boipren lain.

Tagged. Hoh, tagged macam untuk laki gatal je aku rasa. *jangan banned aku* hahaha

Friendster. Senyum sorang-sorang. Salah lagi.

Kedai dobi. Woi lagilaa salah.

MIRC. Tu zaman aku sekolah. Salah.

YM. Ape??

YM. Errrrr...

YM. Ok. Ok. Betol la tu. Menatang bentuk bulat yang kaler kuning tu laa.



Masa tahun 2003/04, zaman tunggu result SPM, aku memang kaki cagu kaki chatting! Yerla, time tu mana kenal Pesbuk-pesbuk ni lagi.

Disebabkan aku budak lagi time tu, so takdelaa pikir nak bercinta. 
Time tu aku tgh ligat ‘bersosial’, buas sgt. Biasalaa budak baru nak naik.

Tapi sejak kahwin ni dah insaf (^_____*)V  hehhe.

ID aku – holywhite_manja
ID hubby – chemical_117
Chomel kan ID aku? Kah kah kah. -sigh-

Tapi kitorang jarang sangat cahtting sesamer, just tukar no fon. Tapi tak contact pon.

Sampailaaa satu hari tu aku kluar pekan dengan besfren aku and lepak CC. 

Aku pass laa ID mamat chemical_117 ni kat dia. 

Niat aku konon nak satukan diorang la. Mana la tau ada jodoh. Cheyy-wahh. 
Macam match-maker la puloppp~

Selepas daripada tu pun kitorang dah jarang chatting, kalau mesej pon juz bila ada mesej forward yang comel2 tu. Boleh kira arr berapa kali dalam setahun.

Aku pun xdelah peduli sangat pun sebab aku dah ada boipren time tu.

Sampaila asatu masa tetiber mamat ni mesej aku bgtau nak putus kawan dengan aku. Pelik kan? Pastu dia cakap tak jadi lak. 

Main-main betol! 

So lepas tu kitorang agak rapat sikit. Aku selalu jugak cerita pasal boipren aku dkt dia and dia pun slalu tya and mintak pendapat aku dalam hal2 berkaitan pompuan.

Kitorang punya persahabatan ni on-off on-off. Setahun ok, bertahun2 lpas 2 xkontek lak.

Sampaila ke penghujung tahun 2007 , kira-kira hampir 4 tahun kitorang kenal, ada sumting happen kat diri aku and hubungan aku & BF masa tu. 

Ditakdirkan Allah, tengah aku bersedih dan cari ketenangan tu, dia tegur aku dalam YM. 

Disebabkan masalah aku tu terlalu sulit dan tak ley berkongsi dengan orang yang aku kenal, so aku pun luahlaaa kat dia. 
Bagi aku, aku tak kenal and xpernah jumpa pun dia. Kitorang just  penah tgok gambar each other je coz dah ada Mypace & Friendster time tu.

Kitorang   jadi   rapat. 

Makin  rapat.

Sangatrapat.

Korang ingat lagi x member yang aku nak adjustkan untuk mamat ni dlu? 

Ha, dia pun ada Myspace gak. 

So kitorang pun plan arr (aku n mamat ni) nak berlakon konon2 ada scandal kat Myspace.

Panggilan kitorang masa tu = Pakcik+Makcik.  +_____+



Bila dah rapat sangat, dia ada berseloroh nak jumpa. Tapi aku tanak!
Antara sebabnya :-

1)      Aku tak suka penampilan dia (berdasarkan apa yang aku tengok kat Myspace)

2)      Aku baru clash. Kalau BF aku patah balik camne? Cer citer. Cer citer.

3)      Paling utama, aku memang malu giler & takut nak jumpa orang untuk 1st time.



Nak dijadikan cerita, 10/10/2007, aku turun Ipoh coz nak gi rumah kakak aku kat Gopeng. 

Dia offer nak jemput aku dekat Medan Gopeng,Ipoh.  

Memikirkan kitorang dah kenal lama, tapi tak pernah berjumpa, aku pon terima ajelah offer dia tu.

Tapi aku terima bersyarat!

Dia kena potong rambut coz aku tanak berjalan dengan orang berambut panjang

Hahha. Teruk x aku??

1st time jumpa aku try to act macam cool tp manja gila la kan? Hahahha. Ok, aku tipu.

Masa jumpa, kitorang terus naik kereta, then borak2, bla...bla..bla...  

Masing-masing cam kekok coz dah bertahun kenal , ni la pertama kali nak jumpa. 

Kitorng terus ke Restoran Waritha sebab time tu dah dekat waktu berbuka puasa.

Menu : Tomyam
              Nasi putih
               Telur dadar
              Sayur kailan ikan masin
               Air Carrot 1jug.
Krruuukkk..lapa laa pulop~



Ok.Ok.Balik dari berbuka tu, we ol msg2.. So suwitt la kiranya msej mamat ni (walaupun nampak kat luar macam pendiam n pemalu giler) Ok, sila muntah ijau!

Lebey kurang macam tu laa kiranya kitorang punya 1st dating. Hahhaha dating ke?

.......
.......
.......
.......
.......
.......
.......
.......
.......





“So camne pendapat Pacik 1st time jumpa Macik?”
“ bla..bla..bla..bla… PIPI MACAM PAU GEBU…bla..bla..bla..”

       (Y______________Y)  

Saturday 12 March 2011

Setelah Puas Merengek, Akhirnya..........




Kenapa aku merengek? HaHAHaha

Sebab aku nak hajak Mohd Hubby nengok citer Hikayat Merong Mahawangsa.

Mana tahan kalau tetiap hari Tv3 asek nayang lagu abg Nuar kesayangan tu je!!!
Arghhhhh (jerit sambil garu perot)!!  (^^;)7




" Selamat datang ke TGV."

" Hai, Merong Mahawangsa 5.30ptg dua yea.."

"Couple seat ke normal seat?"

" Normal."

tik.tok.tik.tok.

" Tinggal seat yang warna biru ni je kak." (Hello~~entah2 ko lagi tua dari aku)

" errr..ok amek yg ini laaa " (sambil jari tertonyoh2 kat screen PC)

" Alaaaaa...orang sebelah tu baru je beli kak."

" (Haish..ada gak yang aku hempuk ni kang)..Erm kalau camtu amek sebelah sini  la yer.."

"Enjoy your movie~"


Memandangkan ada lagi sejam sebelom start movie, aku ngan Mohd Hubby gi print pic wedding kitorang yang dah 5 bulan berlalu (jangan tanya kenapa aku print pic kawen sendiri Y_______Y  huhu)

Then kitorang terus setelkan solat Asar dulu. Buatnya TGV tu runtuh time aku sedap2 layan muvie camner? Ha! Jawab! Jawab!

Bila duduk and layan movie ni, aku rasa kagum sangat. Walaupun ramai jugak yg kasi komen negatif, tapi aku rasa HMM memang layak la kalau nak dinobatkan sbg The Best Movie of The Year! 

Cer korang tengok dia punya prop, pehhh, agak2 pengarah filem2 hantu kita ley buat x macamtu?

Prop yang mengancam, bunyi belasah2 yang wat aku geram sampai tumbuk & cubit Mohd Hubby kat sebelah, adegan bunuh2 masa perang tu pon best bangat hoo-kayyy!

Embok plak syangat seksi! Ohh i adore u la Ummi Nazeera.
Jaga2 panah garuda!!! Klu terluka di sini ada obatnya....


Erm, bab pelakon2 lelaki lak, aku tanak komen banyak. Memang sangat gayyyyyyyyyyyyy. Hahaha. Menitik peluh jantan mak noxxx bila tengok body-body tuff n kilat2 tu...Euw! (^_^!)

"sampai masa tibanya waktu, redup hati kaum berdua,
bila dua jasad menjadi satu, hidup mati jadi bersama"


Aku nak kasi 5***** untuk Khir Rahman yang lakonkan watak Kamawas. Kau memang hebat la! Aku rasa macam nak sepak-sepak je perot kau masa kau buat muka stim tu.

‎"Kalau sudah dibuka empangan manakan mampu ditahan airnya"


Baiklah u-ols, kalau nak tau sejarah yang sebenar, cer baca kat sini. Sebagai orang kedah, aku tumpang bangga arr.. hahhaa..tetiber la plak kan?

Banyak yang aku baca pasal puji-pujian & maki-makian orang ramai terhadap filem arahan Yusry ni.


Walau apa pon cakapcakap orang, aku tetap bagi 4 1/2 bintang untuk HMM ni.
Korang yang mengkritik tu mampu ke buat filem epik cenggini? Asek2 crita hantu je.


**Kepada adik-adik jantan low education kat seat belakang aku dalam panggung tu, pleaseeeeeeeeeeee behave yourself! Aku bayar duit tiket bukannya untuk dengar ulasan lawak bodoh korang tu setiap 1 scene! Annoyyyyyying sungguh hoo-kayyyy! Kalau korang baca entry ni, tolong nangis dan kesiankan diri sendiri.**

Friday 11 March 2011

KAU LUPA PADA JANJI


Lirik lagu ni takde kena mengena dengan apa yang aku rasa.
Yang ade kaitan sikit je, tang kau lupa janji je..Hahhaa..
Tapi aku pdulik hape, blog aku, suka hati la aku nak letak lagu ni kan? Bluerk..

Sedih kan rasa bila Kau Lupa Janji ?
Kadang-kadang kita dah letak harapan tinggi atas sesuatu, siap berangan lagi. So, bila benda tu tak tertunai, perasaan kecewa, marah, meroyannya bukan kepalang la kan?

Tapi kita hanya merancang. He do the rest.


Thursday 10 March 2011



I grew up in a place where everybody was a STORYTELLER, but nobody wrote.



Harapan...



Aku berharap.

Yea tak tipu.

Sungguh-sungguh aku mengharap!

Y___________Y

Aku harap sangat permohonan DPLI aku kali ini berjaya...

Masuk kali ni, dah 2x aku isi borang DPLI ni. Tu blom campur dengan permohonan KPLI lagi.

(Kunun-kunun nak jadi Chek-gu mendidik anak bangsa...Cheyyywah!)


Firman - Kehilangan


Ni antara koleksi lagu kerat nadi terbaru yang aku teruja dan meroyan sangat!

Macam biasa, kalau aku minat sumting, dua orang terpenting dalam hidup aku takkan terlepas kena dengar and pura-pura minat benda yang sama ni hokayyy!


♥♥♥♥♥♥



Ku coba ungkap tabir ini
Kisah antara kau dan aku
Terpisahkan oleh ruang dan waktu
Menyudutkanmu meninggalkanku
Ku merasa tlah kehilangan
Cintamu yang tlah lama hilang
Kau pergi jauh karena salahku
Yang tak pernah menganggap kamu ada
*
Asmara memisahkan kita
Mengingatkanku pada dirimu
Gelora mengingatkanku
Bahwa cintamu tlah merasuk jantungku
Reff:
Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Seandainya kamu bisa
Mengulang kembali lagi cinta kita
Takkan ku sia-siakan kamu lagi

Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Takkan ku sia-siakan kamu lagi.. (2x)
Oh Noooooooooooo!!!

Hari ni, Khamis, bersamaan 10 Mac ikot kalendar omputeh adalah hari wajib untuk kakitangan kerajaan berbaju batik ke pejabat.

So disebabkan aku ni dikira freshie lagi kat opis tu, baju batik pun takdak lagi, aku decide untuk pakai baju kurung kain batik ke opis.

Belek punya belek koleksi baju kurung yang tak seberapa dalam almari tu, aku pun capailah baju kurung yang aku pernah pakai untuk majlis kahwin abang aku.

Dan inilah yang terjadi pada aku pagi ni....


**tak sanggup rasanya aku nak letak gambar sendiri**


Ada sape-sape tau cara nak kuruskan badan x?
Waaaaaa...

Tuesday 8 March 2011

Welcome To The Blogsphere Puan Enatt ^_____^

Testing...testing...

Dah 4 tahun lebih rasanya aku tak menulis blog. Blog lama pun aku dah bungkus and kafankan.

Tapi sejak tukar status dari 'Cik' kepada 'Puan' ni, tetiber je datang feel nak blogging balik. Tangan pun dah kematu. Aiyak!!!

So guys, please welcoming CIK PUAN ENATT to da club! Yeehaaaaa..